SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, August 25, 2009

Berhubungan 1

Lagi baik hubungan seseorang itu dengan Tuhannya
Lagi suka ia selalu berhubung (beribadah?) denganNya
Lagi segan dia hendak melanggar batas-batasNya

Menjadi lagi tinggi darjat ibadahnya
Menjadi lebih hampir Tuhan tarik dia ka sisiNya
Menjadi lebih lazat baginya memaintain hubungan ini
Menjadi lebih halus dan lebih besar ujian untuknya

Beruntunglah orang yang masih sempat terjumpa Ramadhan


Selamat berpuasa.
Heh heh 26 hari lagi kita raya.

Salam Alaikum

10 comments:

Anonymous said...

Uiks? Tuan Dal, dah kira brape hari lagi Hari Raya ke?

hehehe

~ OnDaStreet

Anonymous said...

PUJIAN2 BAGI ALLAH..TUHAN SEMESTA ALAM :-D

Tam Dalyell said...

Heh Heh, biasalah tuan OnDaStreet, orang dalam perjalanan balik kampong yg 30km jauhnya, walaupun baru di km yg ke4, hatinya dah duluan di kampongnya.

Tak percaya tanya Allah yarham Sudirman. Balik kampong. Ho ho ho balik kampong.

-------------

Abang Jeffry, memuji-muji Tuhan ni kerana teghingat kampong ke?

Ada juga oghang, punya le nak jadi pm, sampai tak kampong. Heh heh.

Anonymous said...

Salam Tuan Dal,

'menjadi lebih halus dan lebih besar ujian untuknya'

Kita sering ucapkan,' bersabarlah, ini ujian Allah ' bilamana seseorang itu ditimpa masalah. Waktu kita bersedih, frust ..kita insaf dan sedar kedudukan kita disisi Allah. Kita berdoa dan mengharapkan belasNya dalam menghadapi kemelut kita. Seperti juga masa berpuasa, perasaan lapar dahaga itu menjadi peringatan kepada kita akan kebesaran Allah.

Makanya ujian yang lebih besar malah lebih halus adalah ketika kita dalam keadaan senang, bahagia dilimpahi segala macam nikmat dunia... kerana tika itu kita prone to lupa diri, lupa akan tanggungjawap kepada yang memerlukan, dan agak 'longgar' ingatan kepada Allah (berbanding waktu dalam susah, hampir tiap detik berdoa).

Kampong Tuan dimana ?

Tam Dalyell said...

Salam Alaykum Tuan Din;

Hah hah, patutnya saya yang bertanyakan di mana kampong tuan Din, timbul ingin nak ka sana, ziarah dan menghasil kata orang.

Memang benar kata tuan Din, dalam banyak segi, kita orang Melayu ini menang bila dicuba dengan kesusahan atau kemiskinan, tetapi selalu kalah bila dicuba dengan kesenangan dan kekayaan.

Tidak ada apa di kampong asal di hulu Benut selatan semenanjung. Tetapi ingin nak ka pantai timur bila lihat gambar-gambar seperti yang dicontohkan dalam posting terakhir Deminegara.

Anonymous said...

Salam Tuan Dal,

You are most welcome here, tuan. i be honored to host you.

Beauty without the ability to be immersed in it would be a waste. (betul ke saya cakap ni)
ur average tourist would try to cover as many places possible in a day and the climax would be the trip to pasar payang.. still ok wat, good economy for ganu kite..

Tam Dalyell said...

Salam Tuan Din;

Ungkapan macaam ni ... "Beauty without the ability to be immersed in it would be a waste." wadooh ... bikin gue penasaran mas Din .. heh heh.

Paling kurang, bila being immersed into beauty like so, even a dung beetle looks and feel beautiful.

Bayangkan kesannya kepada mereka yang sedang dilamun cinta (tak kira Cinta Allah atau cinta makhluk)? .... ingin hidup selama-lamanya atau seribu tahun lagi.

Tapi maaf cakap tuan Din, mainan politik semasa mempunyai kesan sebaliknya.

SSS Admin said...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

Anonymous said...

"Dam Dam Dum bunyi mercun
kanak kanak segera datang berduyun
Dam Dam Dum mercun berdentum
Semarak lah Hari Raya ini tahun."

Salam Pakcik Dal.

This is part of a Hari Raya song by Saloma?? (if I am not mistaken)..I remember just a bit only..that was a long time ago Hari Raya in my kampong in Nusantara..life is different now. I love the Hari raya spirit in a Malay kampong.....Those were the good old days.

Tam Dalyell said...

Salam Pn Zaza;

Suasana raya di kampong macam tu, buatkan orang tua-tua teringat zaman muda-muda mereka, meriah tanpa herok pekok perang politik seperti sekarang ... di mana majlis rumah terbuka pun dijadikan medan politik oleh Hindraf.