SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, November 26, 2009

Salam 'Aidil Adh-ha

Nabi Ibrahim a.s. diPerintah.
Korban anakmu!
Di saat menghulurkan pisau ...

"Telah sampai cintamu kepada Ku
Melebihi cintamu kepada anakmu
Hai Ibrahim sembelihlah kibas itu
Tidak sampai kepada Ku darah itu
Melainkan taqwamu kepada Ku
Bergembiralah bersama keluargamu"

----------------------

Bagi Ibrahim a.s.
Tiada cinta melebihi cintanya kepada Tuhannya,
Walaupun cinta kepada anak dan hartanya.

---------------------

Semuga berjaya mengikuti millati-Ibrahim ini..
Ibrahim khali-lullah
Cinta ini, taqwa ini ka hadhirat Ilahi.
Kemenangan ini ... Ini perayaan.
Semuga Allah Anugerahi.
Aamin.

---------------

Salam Aidil Adh-ha.

Friday, November 20, 2009

That Which Come Unnoticed?

A selection of alien way of life of the Malaysian anti-nationals are actively undermining the national efforts towards meaningful intergration ..
---------------

The clan's children should be served with a softer variety of syllabuses and curriculum specially tailoured for their vernavular schools. All efforts to absorb this into the national education highway should be vigerously opposed.

National unity and nation building should only be suited to the clan's perspective. Keep their options open at whatever cost, even if it means ultimate segregation. They suscribe to all else only when it serves their purpose.

Appearrance as moulded by the clan's preconceptions should be the base of their onslaught to fit tinted spactrums into the workings of the minds of the other side's youngs through the decimation of disinformation such as, "Chin Peng fought for all races. Chin Peng is a nationalist.". They also strive to, "Outside their school walls we educate these youngs based on their carnal wants and base pleasures, enjoyments and entertainments. Ours should be firmly insulated against theirs."

Tuesday, November 17, 2009

Mak Ai .. Kebetulan Sahaja.

O.O masuk Petronas.

Anuar masuk Selangor.

KJ Parlimen.


Seekor monyet keramat susah betul hendak diperangkap. Tak lekat. Pemburu handalan pun tewas.

Pak Peladang kacang meletakkan dua biji botol berisi guli-guli warna-warni di ladangnya.

Terpesona dek kilauan warna guli, monyet keramat menyelok kedua-dua botol.

Dek ketamakan, dipenuhkan genggaman dengan guli.

Ditarik tangan. Tersankut. Nak lari. Botol guli berat. Nak panjat. Tangan sangkut dalam botol.

Aaaapa akal?

Monday, November 16, 2009

The Supermacy Of The Blind Guides And SSS

There is a remote possibility that the multi-stream education environment may not be resolvable through amicable dialogue. This is chillingly disturbing. Referendum? What else.

Then the Malaysian Bar writes that referendum is not equal to democracy. The wise shutting the door against SSS? Against the people? What option is left open for the ordinary citizens to contribute to their country's peace and meaningful developement?

The leaders wait for the citizen. The citizen is denied their freedom of choice. The decision makers hesitate and procrastinate. A bunch of lawyers insist that democracy in not democracy. Privatise then. Democracy does'nt work.

Most confusing. So questions are asked. Whom are these people working for? Are they deliberately inviting anarchy?

More than enough is said about the SSS, for or against, by the high and the low. The dialogue had been raging for half a century. Action had been too slow in comming. Insensibility is overtaking sound judgement.

May be there had been too many back seat drivers and blind guides.

Saturday, November 14, 2009

Ilmu Baru Belut Putih

Heboh. PAS kecoh.

Ada yang berbaiah talaq? Mempermainkan maruah perempuan? Padahal pada isterilah tempat jatuhnya pandangan suami yang mengintai kesempurnaan kecantikan Tuhannya. Ketaatan kepada parti mengatasi ketaatan kepada Tuhan? Itu parti Islam? Mengaku lebih Islam pula?

Bersembahyang berqunut nazilah? Mendoakan kehancuran sebangsa seagama seNabi dan seTuhan? Yang nabi tegah mendoakan kafir dibuatnya. Yang Nabi suruh mendoakan sesama bangsa dan agama dilanggarnya. Agama barukah ini? Songsang punya kerja.

Bersembahyang hajat "berkiblatkan" bangunan DAP? Betulkah ini? Kalau kiblat muka pun terpesong, kiblat hati bagaimana pula rupanya? Harap-harap kerja-kerja sebegini hanya amalan segelintir "pretenders" sahaja dalam umat Melayu.

Patutlah ada orang PAS mengangkat jempol ketika bersalaman dengan The Little Emperor from The Middle Kingdom.

Tak sedar yang mereka ini sedang diperalatkan. Orang ketawakan dia disangkakan ketawa dengan dia.

Thursday, November 12, 2009

Kesempurnaan Dalam Kekurangan

Times Of India menceritakan konon ada kajian dari Amerika mendapati perempuan yang mempunyai payu dara besar lebih pintar.

Kalau benar, ia tidak adil kepada yang terkurang atau kekurangan. Sudahlah kononnya "kurang menarik", "kurang pintar" pula?.

Apa dipandang oleh suami terhadap isterinya? Kecantikan? Kecerdikan? Kekayaan? Bagaimana jika kurang cantik, kurang ... serba kurang? Sayang bini tinggal-tinggalkan? Suami sebegitu mempamirkan kekurangannya. Kurang bijak, kurang ... serba kurang.

Suami yang bijak, yang lengkap, yang bakal mengadap tuhannya dimegahi oleh nabinya kerana baik urusan terhadap anak isterinya mengikut kemahuan tuhannya ialah, ialah yang di dunia dahulu, apabila memandang kepada isterinya, ia terlihat kepada kesempurnaan kecantikan Allah Subhanahu wa Taala. Isterinya adalah cermin untuk Dia yang dicintainya.

Suami isteri sehidup semati insyaallah.

Tuesday, November 10, 2009

Kahwin. Tak Tahu Di Mana Suami.

Berbual dengan peguatkuasa kastam. Timbul cerita pasukannya menyerbu sarang PATI Batu Pahat, Pontian, Keluang dll. Ada laaa nyonya muda tersangkut dalam jaring dalam serbuan begini.

Siasat punya siasat nyonya ini baru seminggu sampai dari Taiwan. Dokumennya siap menunjukkan baru khawin dengan tawkey kedai gunting rambut Jalan Rahmat. Ditanya mana suami. Tak Tahu.

Untung, waktu mula sampai, ada Mat Sepet pelawa pertolongan, menjanjikan suaminya akan datang mengambilnya kemudian. Sementara menunggu suaminya datang, bekerja laaa nyonya ini di rumah-rumah kuning.

Kesian dia. Munkin dia dianiaya. Dijual.

Munkin juga dia ini terlibat dengan rancangan bawah tanah mewarganegarakan orang asing melalui perkahwinan begini, kerana menurut peguatkuasa kastam tersebut ini bukan kes terpencil, ada sijil kahwin, tapi tak tahu kepada siapa dikahwinkan.

Wednesday, November 4, 2009

What Multi-Nation-State!

What? Dong Zong said that Malaysia is a multi nation-state?

A state within a state?

A breakaway state yet part of the State at the same time? Dong Zong is putting together, brick by brick, a state within a state here in Malaysia?

So Dong Zong through your SRJKC you are carving out a state within a state out of this blessed nation? So that later you can 'legitimately' carve out another Singapore out of Tanah Melayu? So, that is your real agenda behind your SRJKCs? A state within a state? And you drew the first blood through Sekolah Wawasan?

How can there be one nation if we cannot be even one people? How to start down the path nurturing and building of a One Bangsa sustaining a One Nation if our Education Syestem fragmantalise our Bangsa right from its formative age? How can a Dong Zong be permitted a life-giving umbilical cord to destroy the womb pregnant with SSS elixiar of life?

So now Dong Zong is legally taking the place of those who tried to dismember our nation like the Bintang Tiga and the Chin Pengs and Ahmad Endras and their CPM? And Dong Zong is doing it from air-conditioned rooms?

There is no such thing as multi-nation-state. Let's monitor who perpetrate this destructive Dong Zong struggle. Let's cut off this contaminating and pulluting umbilical cord. Ours is a One People committed to One Nation.

SATU BANGSA SATU NEGARA SATU BAHASA SATU SISTEM PENDIDIKAN.

p/s: Read first IDEOTIQUE at http://ideasofan-ideot.blogspot.com/2009/11/comment-on-dr-mahathir-we-dont-even.html

Sunday, November 1, 2009

Islam Warisan Kita Hari Ini.

Rasulullah saw bersabda bahawa baginda tinggalkan kita dua perkara. Selagi kita berpegang kepadanya, tidak akan sesat. Ia itu kitabullah dan sunnah.

Berpegangkah kita kepada kedua-dua ini? Hakikatnya sudah kita tinggalkankah kedua-duanya?

Allah berfirman bahawa sesungguhnya untuk kita pada Rasulullah saw. itu terdapat contoh terbaik. Tiada yang lebih baik. Berpegangkah kita kepada yang terbaik ini? Sudahkah kita tukarkannya dengan pegangan lain (akan pegangan terbaik ini)?

Allah berfirman bahawa jika cintakan Allah, ikutlah Muhammad saw, Allah akan cintai pengikut ini. Sesiapa yang dicintai Allah, ia mencapai darjat tertinggi yang mungkin dicapai oleh insan. Tiada yang lebih tinggi.

One should earn Allah's love. The way, jalannya adalah melalui jalan Rasulullah saw. Kita menjejaki bagindakah? Tak semua muslim dapat berbuat begitu. Rasulullah saw. sendiri berkata demikian.

Sabda Rasulullah saw bahawa pada hari kita dibangkitkan, ... panas, dahaga. Ummat Rasulullah saw. akan mencari baginda. Baginda akan berdiri di Al-Kauthar. Baginda akan memberi minuman penghilang dahaga. Sebahagian baginda enggan memberi minum.

Ya Rasulullah, kami muslim. Mangapa tiada minuman untuk kami? Kamu ubah tukar agama ini sepeninggalan ku jawab baginda.

Sesungguhnya baginda saw. memberi amaran lebih besar dari itu. Iaitu bahawa ada pengikut yang sepatutnya mengikut Rasullah saw. tetapi mereka meninggalkan baginda saw. lalu mengikuti mereka yang datang sebelum mereka. Ikut mereka langkah demi langkah. Sehingga sekiranya si ikutan itu memasuki lubang biawak, si-ummat-pengikut tersebut pun akan masuk ka lubang biawak juga.

Ya Rasulullah, siapa yang tuan maksudkan dengan orang terdahulu ini? Yahudi dan kristiankah? Siapa lagi jawab Rasulullah saw.

Jadinya, suatu hari dunia-budaya Yahudi dan Kristian mempunyai tekanan pengaruh begitu agong hebat terhadap dunia-budaya Islam, sehingga mengakibatkan sesetengah pengikut Muhammad saw. akan meninggalkan jalan Muhammad saw bukan sahaja dengan begitu berkesan sekali, malahan dengan cara kehambaan begitu rupa, jika si ikutan ini memasuki lubang biawak, si pengikut sesat ini akan dengan rela hati masuk lubang biawak bersama.

Hari ini kita tanyai diri kita. Kita berada dalam lubang biawakkah? Tidak logik jika kita bernasyid dan berkasidah memuji Muhammad saw. jika kita lena mendengkur dalam lubang biawak. Lebih logik jika mencari jalan keluar daripada bernasyid-nasyid dan berkasidah.

Hari ini kita tanyai diri kita. Bagaimana yang dikatakan mengikuti jalan lubang biawak? Rasulullah saw. 1430 tahun dahulu ada memberi contoh jawapan kepada soalan ini. Mereka berpecah kepada 72 ikutan. Yang satu memerangi yang lain. Kita ikut mereka, malah lebih. Kita berpecah kepada 73 anutan, berbunuhan sesama sendiri. Ada anutan yang berpihak kepada musuh. Masuk lubang biawak lebih dalam lagi.

Kita nampak tak betapa berpecah belahnya kita, betapa kucar kacirnya kita, tiap anutan mengakui dirinya lebih benar, yang lain lebih salah? Kita dipimpin tak (oleh pemimpin) ka dalam lubang biawak? Kita dibimbing tak (oleh ulamak) meninggalkan Muhammad saw? Tidakkah yang diprophesized Muhammad saw. 1400 tahun dahulu berlaku kepada dunia budaya Islam hari ini?

Ada lagi prophesy Muhammad saw. yang lebih dahsyat dari ini. Kata baginda bahawa akan sampai (datang) satu zaman, dimana tiada yang tinggal pada Islam melainkan namanya sahaja.

Apabila Muhammad saw. ditinggalkan, Islam meninggalkan pengamalnya. Kita berlindung dengan Allah dari malapetaka ini.

Tak peliklah kenapa PAS enggan duduk semeja dengan UMNO demi bangsa dan ugama.

Paling kurang, demi SSS, PAS dan UMNO, baca Bismillah ... duduk semeja. Ingat, sesiapa tinggalkan Muhammad, Islam tinggalkan mereka; sesiapa tinggalkan Melayu, kedaulatan bumi dan bangsa akan tinggalkan mereka. Ingat sikit dek untung, sekarang sudah ada pemimpin yang berani berkata, bab SSS serahkan kepada rakyat.