SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Al-Haq. Show all posts
Showing posts with label Al-Haq. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

Bangau Dan Serigala.

Persahabatan antara rakyat-rakyat Malaysia, paling rapat, setakat saperti persahabatan serigala dengan bangau sahaja.

Bangau berkunjung ka rumah serigala. Serigala hidangkan susu dalam pinggan leper. Ini cara hidup serigala. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu dijilatnya. Bangau tidak dapat menjilat dengan muncungnya yang panjang itu. Namun bangau pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati serigala. Di dalam hati, bangau mengesyaki persahabatan serigala hanya kepura-puraan sahaja.

Giliran serigala berkunjung ka rumah bangau. Bangau hidangkan susu dalam botol. Ini cara hidup bangau. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu disedut dengan muncungnya. Serigala tidak dapat menyedut sama kerana muncungnya tidak muat ka dalam mulut botol. Namun serigala menjilat-jilat mulut botol, pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati bangau. Di dalam hati, serigala mengesyaki persahabatan bangau hanya kepura-puraan sahaja.

Bagi bangau, menghidangkan susu dalam botol adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi serigala.

Bagi serigala, menghidangkan susu dalam pinggan leper itu adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi bangau.

‘Persahabatan’ dalam ‘kecurigaan’ ini akan berterusan selagi ketua negara gagal mencari ‘kebenaran mutlaq’, iaitu kebenaran yang tidak bernisbah, atau kebenaran Nasruddin dalam posting lalu. Dan ‘kecurigaan’ ini sesekali meluap-luap keluar dalam bentuk berbagai-bagai ‘kebencian’


As-Salam-u-Alaikum. Sang kancil ada di rumah?

Sunday, December 14, 2008

Di Mana Kebenaran?

Banyak perkara pokok diperkatakan tentang negara dan apa saja.

Ramai mencadang dan ramai membantahnya.

Kesemuanya mencari kebenaran.

Sang raja dapati, dalam mencari kebenaran tersebut, kerohanian, moral dan tahap mumaiyiz rakyatnya jauh merosot dan terkadang menyimpang.

Baginda memutuskan untuk mempertahankan tahap kesucian kota dirajanya.

Sang Raja pun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang berkata benar akan dibenarkan masuk ke kota dan siapa berbohong akan dipancung.

Kepten penjaga gerbang memeriksa setiap orang yang hendak memasuki kota.

Ramai yang lulus masuk dan tidak kurang yang dipancung.

Satu hari.

Nasruddin tampil ka gerbang kota.

"Hendak ke mana?" soal kepten.

"Hendak hantar leher untuk dipancung." jawab Nasruddin.

Tersentak kepten. Mana mungkin?

"Kamu bohong!" kata kepten.

"Kalau begitu, pancunglah." gesa Nasruddin.

Nasruddin pun dipimpin oleh askar ke galas pemancungan. Tiba-tiba askar berhenti.

"Tuan kepten, tidak boleh pancung dia," katanya.

"Mengapa?" Kepten teriak.

"Dia cakap benar tadi," jawab askar.