SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, December 20, 2008

Bangau Dan Serigala.

Persahabatan antara rakyat-rakyat Malaysia, paling rapat, setakat saperti persahabatan serigala dengan bangau sahaja.

Bangau berkunjung ka rumah serigala. Serigala hidangkan susu dalam pinggan leper. Ini cara hidup serigala. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu dijilatnya. Bangau tidak dapat menjilat dengan muncungnya yang panjang itu. Namun bangau pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati serigala. Di dalam hati, bangau mengesyaki persahabatan serigala hanya kepura-puraan sahaja.

Giliran serigala berkunjung ka rumah bangau. Bangau hidangkan susu dalam botol. Ini cara hidup bangau. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu disedut dengan muncungnya. Serigala tidak dapat menyedut sama kerana muncungnya tidak muat ka dalam mulut botol. Namun serigala menjilat-jilat mulut botol, pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati bangau. Di dalam hati, serigala mengesyaki persahabatan bangau hanya kepura-puraan sahaja.

Bagi bangau, menghidangkan susu dalam botol adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi serigala.

Bagi serigala, menghidangkan susu dalam pinggan leper itu adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi bangau.

‘Persahabatan’ dalam ‘kecurigaan’ ini akan berterusan selagi ketua negara gagal mencari ‘kebenaran mutlaq’, iaitu kebenaran yang tidak bernisbah, atau kebenaran Nasruddin dalam posting lalu. Dan ‘kecurigaan’ ini sesekali meluap-luap keluar dalam bentuk berbagai-bagai ‘kebencian’


As-Salam-u-Alaikum. Sang kancil ada di rumah?

2 comments:

paneh said...

analogi yang menarik dal.

sang kancil said...

inilah sandiwara yang dimomokkan kepada kita sejak sekian lama. pentasnya adalah Malaysia.Pelakonnya adalah ahli politik berkepentingan.ditunjangi oleh ilmuan2 kangkong. kalau ada ilmuan berwibawa bersuara, maka suara mereka akan di senyapkan atau dilenyapkan. cuba tanya prof. khoo kay kim atau ungku aziz...