SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, January 4, 2009

IJN Dibawa Kahwin Lari?

Banyak sebab telah dikemukakan oleh orang awam mengapa IJN jangan diswastakan.

Tidak kurang pembelog heavyweight mengutarakan hujjah kejelekan jika kesengsaraan pesakit jantung rakyat miskin didedahkan kepada spekulasi perniagaan.

Para pentadbir, doktor dan penjawat IJN pun telah menyuarakan pemilihan mereka supaya pengurusan, pemunya dan pentadbiran sekarang dikekalkan.

Para menteri pun ramai yang menentang pensewastaan IJN.

Khabarnya Parliamen menanggoh rancangan ini. (Heran ya? Tanggoh saja?)

Demi Allah, kami merayu kapada ahli niaga yang berkenaan, carilah niaga lain. Atau dirikanlah institute sendiri. Bina 'bandar kapal terbang' di Labu mampu, mana munkin institute sebutir pun tidak mampu.

Tiba-tiba kita dengar ada lagi usaha untuk mengambil alih IJN melalui 'midnight regulations' kata Rocky's Bru.

Hai si tamak, kita hanya ada ini untuk kamu. "Dengan Nama Allah, kita ludah muka-muka kamu. Phet..tui. Mudah-mudahan Allah segerakan ... untuk kamu."

Hai tali barut, kita hanya ada ini untuk kamu. "Dengan Nama Tuhan Muhammad, kita ludah muka-muka kamu. Phet..tui. Mudah-mudahan Allah segerakan habuan ... kamu."

Hai pengkhianat, kita hanya ada ini untuk kamu. "Dengan Ismul-Adzam, kita ludah muka-muka kamu. Phet..tui. Mudah-mudahan Allah segerakan bahagian ... kamu."

Dan hai pak sanggup, kita hanya ada ini untuk kamu. "Dengan Nama Yang Empunya Nama Wahhab, kita ludah muka-muka kamu. Phet..tui. Mudah-mudahan Allah segerakan perolehan ... kamu."

Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada Engkau.

5 comments:

Apocryphalist said...

Wah Tuan Dal,

Ini macam punya sumpah dari Tuan Dal, banyak takut mahu dengar wooo. Kalaulah Tuan Dal sumpah saya ini macam, tujuh keturunan belum tahu lagi sial boleh hilang. Itu IJN conspirators better inspect ini malam tengok diorang punya balls intact lagi ker tak. Ini Tuan Dal punya curse banyak power woo!

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Everything happens for a reason. There must be something behind all this.

“Memperkasa Generasi Baru”

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tam Dalyell said...

Assalamualaikum Tuan Apocryphalist,

Alaa Tuan Apocryphalist, boleh laaa kasi can sesekali orang tua naik angin. Sikit jer. Dah laa di rumah cucu-cucu buli kita, jadi kuda laa, jadi perahu laa ... . Masuk blog cari hiburan. Jumpa geng pontianak hisap darah hyper-scale kat IJN.

Terkejut beruk dibuatnya. Kaku. Bibir jer boleh gerak.

Lagipun tu suma bukan sumpah. Kalau baik hati, baik perkatan diisi tempat kosong tu jadi doalah dia.

Kalau keras hati, keras perkataan, doa juga, tapi keras laa bunyi ayat tu.

Lagipun dibawah sekali saya masukkan rintihan orang yang menyesal. Terhiburlah orang yang menyesal jika kembali kepadaNya seperti itu.

Maka jadilah hiburan. Dengan cucu saya terhibur. Dengan Tuan pun saya terhibur di sini.

-----------

Hey saya terlupa, tak sedar. Tuan berkunjung lagi? Waaa seronoknya.

Ramai. Ada Pemuda IKS. Ada Tuan. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh datang lagi.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Tuan Dal,

Kita tengok apa akan jadi pada IJN. Kalau keputusannya tetap nak dibawa kahwin lari, hmmm jawabnya sumpah Tuan Dal & seluruh sumpah rakyat bakal dipalit ke muka para konspirator. Harapan kita...bukan ditangguh tapi ditongsampahkan sahaja cadangan swastakan IJN ini.

Tam Dalyell said...

Saya dah terbiasa Tuan Kembara Politik. Tunjuk sayang dengan selitkan doa dalam 'marah-marah'. Itu sebab saya kembarkan perkataan 'yell' kepada nama saya. Semua ahli keluarga saya kata saya ni suka 'jerit-jerit marah-marah'.

Dia orang 'kaya raya', tunjuk sayang dengan 'tabur duit' ... kat IJN. Dah biasa tabur duit, buat cam na? Tapi selalunya cara ini mengakibatkan lebih banyak keburukan kepada lebih ramai orang daripada kebaikan yang hanya dinikmati oleh segelintir 'orang-orang'.

Terima kasih sudi mampir.