SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, June 23, 2009

Betulkah Kata-Kata Hang Tuah?

Pada satu masa survival Melayu terancam kerana muslihat Malayan Union. Semangat kenegaraan Melayu bangkit menghapuskannya. Perwiranya: Dato Onn Jaafar.

Sekali lagi survival Melayu terancam oleh kaum Cina yang mendirikan PKM yang mengganas dan membunuh dengan senjata. Sekali lagi semangat keperwiraan Melayu bangkit dan menghapuskannya. Perwiranya: Pejuang Bangsa, (Setengahnya gugur).

Kali ini survival Melayu sekali lagi terancam kerana manifestasi kedua-dua pergerakan di atas itu beserta dengan gerakan pelampau haram Hindraf yang terdiri dari kaum Indian yang mengganas dan melukakan bersenjatakan lidah. Perwiranya: Bekas banaduan Uthayakumar.

Hari ini gerakan 'Malayan Union Reincarnated' lalu termanifestasi dalam gerakan bertopengkan Keruanan Rakyat PKR. Perwiranya: Anuar Ibrahim.

Hari ini gerakan PKM reincarnated lalu termanifestasi dalam gerakan Malaysian Malaysia DAP. Perwiranya: Lim Kit Siang.

Ketiga-tiga pergerakan ini bergerak pada landasan fisikal dan saraf mental masing-masing yang mentarget khas kepada Melayu; kepada segala bentuk kemelayuan bangsa Melayu.

Tragidy terbesar yang ditanggung oleh setiap titik darah yang mengalir dalam bangsa Melayu ialah pergerakan ini dicetuskan, dimanipulasi dan diketuai oleh anak bangsa Melayu sendiri. Perwira agong mereka: Pengkhianat Anuar Ibrahim.

Sebilangan "warganegara" kaum pendatang yang bermaksud untuk menakluk atau menjajah seperti penjajah barat memahkotakan pengkhianat tersebut sebagai "Brother Anuar".

Sebilangan ulamak tanahair memanipulasi Islam sehingga menghalalkan pergerakan ini.

Gabungan pergerakan ini sekarang maju setapak lagi melalui suara saraf mereka dalam Hindraf untuk menyekat Melayu berjumpa Melayu dengan menuntut pengharaman Perkasa kerana berjumpa dengan pemerintah Negara.

Sekarang pengkhianat Melayu dalam pakatan ini telah mengistiharkan ketidakmunkinan (haram?) bersatunya Melayu dalam UnityGovt.

Mungkin langkah mereka seterusnya ialah menuntut pengharaman parti-parti Melayu, parti-parti Islam dan seterusnya pengharaman institusi Raja-Raja seperti yang telah dipelopori oleh Malayan Union.

Apabila ini dapat mereka perjuangkan, dengan melantik seorang raja umpamanya untuk mengepalai pergerakan mereka, (mereka sedang berexperimen dengan RPK munkin), maka hilanglah paksi Melayu (dan lumpuhlah Melayu?)

Hendak mengetahui apa mereka akan capai sekiranya paksi Melayu ini lenyap, kita kena singkap apa yang memotivasi dan menggerak Malalayan Union dan PKM/CPM dahulu.

Itu sudah bab kajian lain tetapi amat bersangkutan.

4 comments:

NJ said...

Tuan Hamba Dal,

Seorang kawan Melayu saya mengirimkan bingkisan merupakan suatu tulisan yang menghujahkan bahawa bangsa Melayu itu adalah bangsa pelarian. Kononnya itulah sejarah.

Hamba agak terkilan kerana adanya pemikiran seumpama ini di kalangan anak bangsa.


Lalu hamba bertanya:-

"Kamu kah bangsa pelarian itu kerana kamu sekarang ini berdiri rendah di depan aku?"

"Sesungguhnya aku lahir di sini, dan aku tidak berlari-lari ke sana dan ke mari"

Aku kembali mencari Hang Tuah,
Ingin ku tanya kenapa katanya'
"Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia"
Ingin aku bertemu dengan Jebat,
Kerna aku kagum dengan semangatmu Jebat"


Salam sejahtera, Tuan Hamba.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Tam Dalyell said...

Tuan NJ;

Khabarkan kepada 'kawan' kita itu, 'melayu pelarian' ialah bekas banduan yang mengisytiharkan penolakan kerajaan gabungan tempoh hari. Dia dan kawan sepelariannya adalah ... pelarian umno agaknya.

Bisikkan juga kepada 'kawan' kita itu, 'melayu pelarian' ialah para 'si alim' yang berjubah berserban, yang menolak kerajaan perpaduan setelah mereka sendiri ghairah mencanangkannya.

Kalau ditanya mengapa ia ini jadi 'melayu pelarian' ... katakan parti Islam sepatutnya berlandaskan hukum Allah, tetapi mereka in lari dari hukum Allah kepada hukum sekularisme komunisme Lim Kit Siang.

Kalau mereka berpegang teguh kepada peraturan dan hukum Allah, mereka pasti hanya akan takut kepada Allah. Sekarang ini mereka takut kepada Lim Kit Siang.

Mereka adalah melayu pelarian yang lari dari Allah kepada DAP untuk menumpang teduh.

NJ said...

ketawa sinis pulak saya ni Tuan Hamba Dal...

Macam-macam pelarian rupanya...

Pandai Tuan Hamba mencuit hati hamba...!

Salam sejahtera, Tuan Hamba.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

FIR a.k.a DAK-US said...

Let us start the campain - POLITICIAN - Your NO Counts for PETRONAS

visit
http://opssfird.blogspot.com/2009/06/say-no-politician-for-petronas.html

to get more details!!!