Siapa tidak rasa kehilangan yang amat sangat bila ada kematian dalam keluarga. Kita pun bersimpati dengan keluarga arwah Amirulsarhid dan bersama-sama merasai kehilangan itu.. Pemergian Amirulrashid amat menyayat hati.
Tetapi nampaknya pembangkang has blown the issue out of proportion.
Polis juga terperosok kedalam dilema yang amat menyayat hati.
Tentu polis tidak bertindak begitu jika TIDAK DIBERI SEBAB MUNASABAH UNTUK BERTINDAK DEMIKIAN. Polis kita bukan cowboy The Good The Bad The Ugly.
Kata orang tepuk sebelah tangan tak menjadi. Disebelah tangan polis sedang menjalankan tugas ... menggadai nyawa. Disebelah tangan lagi ... ada kereta dipandu melulu .... enggan berhenti bila ditahan ... dikejar bersiren .... ditembak tayar pun enggan berhenti ... red alert ...
Dalam keadaan begini ... do we expect our police force to pat whoever concern on the back and send him off with a flying kiss? A grave provocation must have taken place. Tentu budak ini sudah bertindak dulu yang membuatkan polis shak yang pemandu kereta itu bersifat EXTREME .... yang memerlukan tindakbalas oleh polis dalam keadaan seperti itu. Itu tugas. Kalau mereka gagal mereka dicemuh.
Pukul 3 pagi!!!! Budak 15 tahun berlegar-legar memandu kereta tanpa lesen????? Siapa biasanya pada jam lewat sebegitu yang bertindak sebegitu dengan cara yang menimbulkan kewaspadaan tahap merah dipihak pasukan keselamatan?
Ibu bapa juga patut bertanggunjawab keatas kejadian yang menimpa anak tersebut. Kita dengar banyak kali ahli pasukan keselamatan kecundang dalam menjalankan tugas. Mengapa politik pembangkang tidak melenting jika polis kehilangan nyawa umpamanya? Oh! Terlupa. Nyawa polis dalam pandangan pembangkang senilai sekampit beras sahaja.
Namun apa pun, kita kehilangan nyawa .... nyawa budak ... nyawa polis. Kita ibu bapa berperanan mewarnai anak-anak kita ... kerana mereka dilahirkan putih.