SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, May 5, 2010

Setakat Rakan Kenduri.

DAP dan bukan Melayu PKR pernah lantang memanipulasi tafsiran ketuanan Melayu yang diandaikan, dinegatifkan dan diputar-belitkan.

Ketuanan Melayu sekali-kali tidak negatif. Ia amat positif. Ia tidak rasis. Agama lain dia tidak dihalang dari membiak. Sekolah bukan Melayu dia tidak usik. Bahasa orang lain dia tidak kisah. Bukan Melayu boleh kaya. Budaya asing siapa suka boleh ikut.

Tapi ada Cina BN yang turut lantang menggurindamkan lagu DAP dan PKR, iaitu Chua Soi Lek. Dia dakwa Melayu hendak jadi tuan dan macam-macam lagi. Padahal ketuanan Melayu ajak semua orang kongsi / share apa yang Melayu ada. Munkin kerana pendiriannya begini dia naik pangkat jadi presiden MCA? Sebenarnya dia yang paling tak pakai.

Kalau dibaca blog beliau, tergambar jelas kecovinisannya. Suaranya terus pekat kecinaan. Tidak derselindung; tiada kesederhanaan. Suaranya tak ubah suara DAP.

Kalau diikuti ucapan-ucapannya kepada masyarakat Cina Hulu Selangor sebelum dan selepas PRK lalu, Soi Lek tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang rakan kongsi yang menyumbang kepada kekuatan perkongsian melain kepada pihaknya sendiri sahaja. Suaranya ketika itu meninggalkan kesan atau maksud bahawa orang Cina (tak payah) jika tak mengundi BN pun, BN akan perjuangkan mereka juga.

Patutlah undi kaum Cina disitu menurun. Dia bukan rakan kongsi yang baik.