SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Friday, May 28, 2010

Lampu Suluhnya Tidak Menyala

3:95 - - Imran
قُلْ صَدَقَ اللّهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

3:95 "Katakanlah: ""Benarlah (apa yang difirmankan) Allah"". Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik."

Tidak ada syirik dalam agama Ibrahim. Maka sunnah pertama Nabi Muhammad s.a.w. ialah mengelak dari jatuh syirik. Asas sunnah ini ialah menjauhi syirik.

Muhammad s.a.w. memberi amaran sebelum baginda wafat bahawa satu masa nanti ummah baginda akan diserang oleh syirik. Syirik bukan sahaja menyembah selain Allah. Syirik juga ialah bila memainkan peranan Allah. Syirik juga ialah bila mengambil alih tempat Allah.

Amat sulit mengenli syirik ini, sulitnya umpama mencari semut hitam diatas batu hitam dalam hitam gelap malam. Orang yang lampu suluhnya menyala mampu memecah kegelapan ini dan mengenali "semut hitam diatas batu hitam dalam hitam gelap malam" ini.

Lampu suluh ini tidak ada dijual dihyper-market. Cahaya penyuluh ini datangnya dari Allah. Ia berupa noor yang ditempatkanNya dalam qalb. Hanya bila Allah kurniakan noor ini, barulah qalbu itu dapat mengenal. Jika tidak, ... ada mata tetapi tidak nampak; ada telinga tetapi gagal mendengar; ada hati tetapi tidak faham.

Adakah dunia kita hari ini diselubungi, diliputi oleh syirik dimana-mana pun; yang tidak dapat dielakkan?

Kita tidak dapat menggerakkan solat melainkan dengan mengakui Allahu Akbar pada setiap pergerakan. Setiap pergerakan diiringi dengan "Allahu Akbar". Allahu Akbar ialah pengakuan yang Allah itu supreme dan sovereign ... Allah itu bersifat maha kebesaran yang kekuasaan dan ketinggianNya maha meliputi. Authority Allah ialah authority yang supreme. Undang-undang Allah ialah undang-undang yang supreme. Itu Allahu Akbar.

Jika (sesiapa siberiman) mengakui (seseorang) lain (selain Allah) itu sovereign, ... itu syirik. Jika (sesiapa siberiman) mengakui authority (seseorang) lain (selain authority Allah) itu supreme diatas dari authority Allah, ... itu syirik. Jika (sesiapa siberiman) mengakui undang-undang (seseorang) lain (selain Allah) itu lebih tinggi dan berkuasa dari undang-undang Allah, ... itu syirik. Ringkasnya, sesiapa mengakui ada kedaulatan lain selain kedaulatan Allah ... itu syirik.

Maka simuslim itu dikehendaki mendaulatkan, mensupremekan, mensovereignkan hanya kekuasaan, ketinggian dan undang-undang Allah. Bilamana-mana sahaja simuslim itu menguasai mana-mana sekangkang kera dari muka bumi ini, dia dikehendaki mendaulatkan Allahu Akbar diatas buminya itu. Dia menjadikan Allah sovereign disitu. Dia menjadikan authorityNya supreme disitu. Dia mendaulatkan undang-undangNya supreme disitu. Authority, kuasa dan undang-undang Allah dikuatkuasakan.

Ada dimana-mana dimana authority, kuasa dan undang-undang Allah dikuatkuasakan hari ini? Tidak ada satu inci persegi pun daripada bumi Allah hari ini ... dimana Allah diakui sebagai Allahu Akbar. Ada sesiapa menangisi hal ini? Menitiskan airmata kerananya? Ambil peduli halnya?

Sudahlah begitu, sisa-sisa bumi Melayu hari ini dicebis-cebiskan oleh Melayu yang "menguasainya"nya. Bumi kekhalifahan, dimana kedaulatan Allahu Akbar pernah didaulatkan mengikut sebagaimana dicontohkan oleh Muhammad s.a.w., telah dihancurkan oleh pakatan Euro-Yahudi pada tahun 1924. Diatas kehancuran ini didaulatkan sebagai penggantinya kedaulatan sekularisme. Tamadun sekular. Apa itu?

Tamadun sekular ialah SHIRIK "hitam diatas batu hitam dimalam hitam gelap". Tamadun sekular tidak mengiktiraf Allah itu Akbar. Tapi ia mengakui negara itu yang akbar. Kesovereignan dipunyakan kepada negara ... bukan dipunyakan kepada Allah. Supreme authority didaulatkan keatas negara ... bukan keatas Allah. Undang-undang tertinggi ialah perlembagaan negara (Barat) ... bukan perlembagaan Allah.

Allah menghukum sesuatu itu haram. Tetapi negara (sekular) memveto kuasa Allah lalu menghalalkannya. Judi, loteri dihalalkan. Rasuah, riba semua dihalalkan. Apabila authority negara meluluskan (legalize) loteri atau judi ... itu syirik. Tidakkah pendokong dan pejuang tamadun sekular melakukan/terlibat dengan shirik?

Allah merujuk kepada Yahudi dan Nasrani dalam firmanNya dalam Surah At-Taubah ayat 31.

9:31 اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهًا وَاحِدًا لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

9:31 "Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."

Kata seorang (kepada Rasullah s.a.w.):
Ya Rasullah s.a.w., bagaimana Allah boleh berfirman begitu - (yang Yahudi menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah) - mereka tidak berbuat seperti itu.

Rasulullah s.a.w. jawab: Tidakkah mereka halalkan apa yang Allah haramkan?

Itulah caranya mereka terjerumur kedalam syirik. Begitulah syiriknya sesiapa yang mengikuti jejak mereka. Termasuk pemimpin Islam kita. Dan mereka melibatkan kita ... dalam mencebis-cebis lagi apa yang tinggal.

Kita sedih dengan apa yang dilakukan oleh Najib, Anwar juga Nik Azis tiap-tiap hari. Kemana Melayu hendak mereka bawa? Tidak perasankah mereka bahawa ada kuasa yang lebih perlu dita'ati selain kuasa Lim Kit Siang, Chua Soi Lek dan Sami Velu? Tidakkah terlintas bahawa memuaskan hati mereka pasti tidak memuaskan Yang Maha Sovereign? Beginikah nasib Melayu terhukum bila memilih ketua yang lampu suluhnya tidak menyala?