O orang Melayu! Kalau iyapun hendakkan perubahan, lakukannyalah dari luar persekongkolan dengan DAP najis itu. DAP tidak sekali-kali jadi suci dengan penglibatan Nik Aziz sekalipun didalamnya.
DAP itu NAJIS MUGHALAZHAH bagi Melayu Islam. Ia tidak menjadi suci setakat dibasuh walaupun oleh Mursyid dari PAS. Ia perlu disertu atau pun dibuang sama sekali. Sesiapa yang tersentuh oleh najis jenis jenis ini, diapun perlu disertu baharu suci.
Kalaupun PAS dan PKR hendakkan perubahan kerana UMNO rosak atau sebagainya lakukanlah tanpa melibatkan DAP. Kalau hardup sangat akan kuasa, carilah kuasa itu dalam jati diri golongan sendiri atau bangsa sendiri seperti yang dilakukan oleh kaum lain.
Orang Melayu Islam semua tahu siapa tuan dia. Orang Melayu Islam bertuankan Allah Azza wa Jalla. Ini dia Ketuanan Melayu jati. Tidak perlu bersandar kepada DAP atau MCA atau MIC. Orang-orang Islam terawal bertuankan kepada Tuan yang sama. Dengan ketuanan seperti ini, kebergantungan kepada ketuanan bangsa atau kuasa atau kedudukan atau apa-apapun tidak menjadi perjuangan utama.
Tetapi Islamnya Melayu kini menjadi begitu lemah walaupun dikatakan bangsanya kuat. Baru DAP menyergah dengan mendakwakan Melayu itu rasis dan memperjuangkan hanya ketuanan bangsa sendiri diatas bangsa-bangsa lain, dia sudah menggelabah, melatah and was turned into wet baby babblers. Pada hal orang Thai menerapkan Ketuanan Thainya dengan begitu yakin dengan jati diri sendiri, sehingga semua makhluk yang ingin mustautin disana mesti semua bersifat Thai, hingga nama peribadi pun mesti diThaikan. Begitu juga di Indonesia.
Melayu apa kurangnya?
Sudah nyata DAP itu bermaksud hendak menjahanamkan Melayu dan meratah tanah airnya sekali. Masih juga wujud Melayu penjilat yang merangkak mengemis dikaki-kaki lima DAP. Fenomena ini paling ketara sejak munculnya sibacul bernama Anwar. Alkhamdulillah sebahagian ahlul-qoribun an-Anwarun ini sudah mendapat hidayah dan sedar akan kekejian Anwar lalu meninggalkannya. Maka terlepaslah mereka dari najis mughalazhah DAP laknatullah itu.
Tapi masih juga terdapat Melayu penjilat ini yang sibuk berjuang pada zahirnya untuk Anwar pengkhianat (sekarang ke Sibu pula setelah dahulunya di Hulu Selangor) tetapi pada hakikatnya segala kemenangan kalau ada yang mereka raih itu terlungguk kedalam kantung DAP ... terutama sekali jika di Sibu.
Malang bila ada Melayu keliru. Lebih malang jika dia memimpin. Pada sangkanya ia berjuang untuk anak keturunannya. Padahal untuk kera dihutan.