SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, November 22, 2010

DAP Boleh. Yang Lain Jangan.

PELAJARAN:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja memutar-belitkan polisi kerajaan tentang pelajaran dengan menyebarkan fitnah bahawa kerajaan dengan sengaja membentuk satu polisi yang akan memupuskan bahasa vernakular kaum Cina; semua ini dengan niat menyemarakkan curiga dan syak wasangka antara kaum Melayu dan Cina --- dan KERAJAAN TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA TERHADAPNYA.

BAHASA:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja memutar-belitkan polisi kerajaan tentang bahasa dengan mengindoktrinasi para pendengarnya bahawa dengan mengutamakan Bahasa Malayu sahaja itu membuktikan yang kerajaan berniat menghapuskan bahasa-bahasa vernakular lain, serta memfitnah kerajaan konon tidak berlaku adil bila tidak memberi setatus yang sama kepada bahasa vernakular mereka; semuanya dengan niat membangkitkan kebencian dan permusuhan antara kaum Cina dan Melayu ---- dan KERAJAAN TIDAK MAMPU MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN TERHADAPNYA.

MCA:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja membangkitkan kebencian yang amat sangat dan mambakar hati dikalangan komunity yang berbilang-bilang dengan melebel komponen bukan Melayu dalam BN difungsikan hanya sebagai pak pacak, dengan cara memanipulasi dan mensalah tafsirkan fakta-fakta sehingga syak wasangka dan benci membenci tercetus di antara kaum, ---- dan KERAJAAN PUN TIDAK BERMAYA HENDAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN TERHADAPNYA.

RACIST:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja membangkitkan kebencian yang amat sangat dan mambakar hati dikalangan komunity yang berbilang kaum dengan sengaja memutar belitkan kenyataan apabila DAP membohongi para pendengarnya yang UMNO mengamalkan "polisi racist" dengan memberi keutamaan kepada kaum Bumiputera; semuanya dengan niat memomokkan kaum Bumiputera dan polisi kerajaan yang sebenar, supaya timbul ketegangan antara kaum, radang dan perpecahan dan kebingungan ---- dan KERAJAAN PUN TERAGAK-AGAK AKAN TINDAKAN APA YANG BOLEH DIAMBIL TERHADAPNYA.

DISKRIMINASI:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja membangkitkan radang dikalangan pelbagai kaum melalui penyebaran fitnah yang kerajaan mengamalkan diskriminasi diantara kaum dan terlalu banyak memberi keutamaan kepada orang Melayu sehingga dengan this blatent and deliberate distortion of polisi kerajaan, rakan-rakan dalam BN sendiri pun curiga terhadap rakan yang lain lalu menuntut dihapuskan hak yang termaktub dalam perlembagaan; yang dengan demikian maraklah api dalam sekam diantara sahabat dan taulan dan bersemaraklah rasa meluat serta benci dan permusuhan dikalangan pelbagai kaum malah sebangsa pun --- dan NAMUN DEMIKIAN PEKATNYA KABUT PERPECAHAN DIKALANGAN PERSAHABATAN MALAH DIANTARA SESAMA KERABAT ATAU SEDARAH SEDAGING, KERAJAAN TETAP TERKAKU, IMPOTEN DAN TERHALANG DARI MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KOMINIS BERTOPENGKAN DAP INI.

KETUANAN MELAYU:
Hanya DAP yang boleh dengan sengaja membangkitkan radang dan curiga dikalangan pelbagai kaum apabila memomokkan Melayu dengan memfitnahnya bahawa bangsa Melayu ini telah jauh maju dalam ajenda mereka menguasai bangsa lain melalui apa yang diputarbelitkan mengenai "Ketuanan Melayu" serta "Islam" sebagai serampang kedua untuk menidakkan hak bukan Melayu. Dengan sebaran pembohongan sebegini DAP sudah membentangkan kenyataan berbaur instigasi kommunal dan racist yang berbahaya yang pasti membangkitkan rasa resentment, takut dan curiga di kalangan rakyat ------ dan NAMUN DEMIKIAN DAP MASIH BERLELUASA DAN PIHAK BERWAJIB SEOLAH-OLAH TERPAKU DAN TERPINGA-PINGA DAN TERPUKAU.

Hanya DAP mampu menyimbah cat dan melontarkan kepala babi pada surau dan masjid lalu dilepaskan dengan sekedar permohonan maaf sahaja, padahal ada orang terpijak kepala lembu pun disumbatkan kedalam penjara. Hanya DAP mampu mengungkit konon sembahyang terawikh itu mengganggu jiran-jiran tanpa apa-apa tindakan keatasnya walaupun ramai Melayu yang serta merta dihukum hanya karana menyebut mengenai negara asal mereka.

Nampaknya Malaysia ini penghuninya hanya DAP. To some of our leaders, it seems that only DAP counts AND THE REST ARE JUST MELUKUT DITEPI GANTANG.