SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, November 18, 2010

Dakapan Adha - Dengan RahmatNya.

Tiada sesuatu seumpama Mu
Namun begitu
Engkau mudahkan jalan mendekati Mu
Dengan Rahmat Mu.



Tawaflah sekeliling Ku dan ciumlah Tangan Ku
Nescaya Kasih Ku dirasai di hati yang suci.
Dengan Rahmat Ku.

Berumrahlah kepada Ku
Jalan fana kedalam Sifat Ku
Berhajlah dekat Ku
Pintu pintu fana akan Zat Ku.
Dengan Rahmat Ku.

Sesudah irfan mu terhadap Ku
Berkorbanlah selepas Arafat.
Ini sunnah Ismail ibn Ibrahim.
Bagaimana munkin Ibrahim memotong qorbannya
Tanpa dahulu mencapai irfannya?
Haj itu suluk hati sucinya bersendiri bersama Ku.
Dengan Rahmat Ku.

Manakala mendekati musim haji
"Arafat"! ... Maksud: Aku dekat dengan mu.
Hadhirlah ke dalam majlis Ku
Menghadaplah kepada Ku
Intailah akan Wajah Ku
Sucikan hati dari permusuhan, dengki, iri ....
Akui engkau tiada apa sesuatu
Hanya Aku cukup bagimu ... Segala-galanya Aku
Dengan Rahmat Ku.

Manakala meninggalkan Arafat
Penuhkan harapan mu
Dengan keampunan dari sisi Ku
Dengan rahmat Ku.

Aku tidak pernah melepaskan pulang
Para pengunjung Ku dengan tangan kosong
Dengan Rahmat Ku.

Aku layan hamba-hamba Ku
Sebagaimana dia sangka akan Aku
Dengan Rahmat Ku.



Ya Hayyun ya Qayyum,
Jadikanlah hati kurnia Mu ini umpama tanah yang subur
Disirami hujan menumbuhkan hijau-hijauan.
Ya Badi'as-samawati wal ardh,
Lindungilah ia dari jadi batu malang
Walau disirami hujan,
Tanah penutupnya pun mengalir musnah,
Dengan Rahmat Mu.