Kalau Malaysia ini negaranya, apa salahnya kaum India dan Cina, sama-sama menggalas senjata mempertahankan ibu pertiwinya?
Kalau betul di tanah inilah ibunya menumpahkan darahnya untuk melahirkannya, tidakkah darahnya sendiri itu nanti setinggi-tinggi dan semulia-mulia galang ganti untuk budi ibunya dan pertiwinya?
Apakah mereka ini tidak tahu sekurang-kurangnya untuk berterima kasih? Benarkah mereka ini golongan yang tidak mengenang budi?
Benarkahkah budi yang dikecapinya itu boleh di ganti sekedar wang ringgit? Tidakkah ibu dan pertiwi ini sudah berbudi kepada mereka? Tidak sedarkah mereka ini sudah berhutang budi?
Budi tidak dapat diperolihi dengan memetiknya dari awag-awangan sahaja. (Tetapi itu amalan chauvinis, Chin Peng dan DAP.)
Ia diperolihi sesudah memberi. Nilainya sebesar akhirat. Ia tidak boleh diganti-tebus degan sesuatu apa pun melainkan dengan "darah". (Tetapi si chauvinis, golongan Chin Peng dan DAP are spreading bad blood di kalangan rakyat.)
Budi and "darah" is the only "commodity" one has no automatic right to; or inheritence by birth. It comes from the land. It belongs to the land. When one, lahir sahaja ke atas muka bumi, dia berhutang budi dan darah. Kepada ibu dan pertiwi.
Orang yang tinggi budi, meringkaskan urusan budi dengan berkata:
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi, darah pengganti.
Jauhi dibawa mati.
Golongan Chin Peng dan DAP menyangkal dan mencemuh kenyataan Menteri Pertahanan di Parliamen bahawa kaum yang kurang menyertai pasukan keselamatan itu tidak patriotik. Lembut kata-kata itu. Mujur tidak dikatakan golongan yang tidak berbudi.
Sungguh dangkal, rendah budi (dan pekerti) golongan Chin Peng, chauvinis dan DAP ini.
Amat menghairankan bila ada ulama' dan (pengikut-pengikutnya), yang terdidik bertinggi-tinggi budi, dengan mentauhidkan Allah, tetapi bersekongkol dengan ahli rendah budi dari golongan Chin Peng dan DAP ini.
Munkin juga mereka ini menggunapakai sejenis mizan. Di satu daun mizan itu diletaknya "Chin Peng dan DAP yang nationalis" (konon). Di satu lagi daun mizan diletakkannya "allahnya yang samsing lagi carut" itu.
Tak hairanlah "Chin Peng dan DAP yang nationalis" itu lebih berat.
Kalau begitu selamat berjuang hai kaum yang beragama tapi tidak berbangsa.