Hatta, Mazlina anak-anak ku,
Sekiranya kamu selamat pulang kepangku,
Pegang kuat-kuat; Gigit dengan rahang mu
Akan keyakinan orang-orang terdahulu.
Allah tidak pernah melepaskan pulang
Seorangpun dari tetamu-tetamuNya
Dengan tangan kosong.
Maka jagalah kurniaan itu
Melebihi jagaan mu
Terhadap dunia dan nyawa mu.
Sekiranya kamu selamat pulang kesana
Ketika bertetamu kepadaNya
Pulanglah dengan redho dan DiRedhoi
Kerana Allah tidak pernah melanggar adab
Antara tetamu dan Tuan Rumah
Apatah lagi bila tetamu bukan lagi tetamu.
Maka jangan kamu sekali-kali aniaya
Melanggar adab kamu terhadapNya
Apatah lagi kamu pernah diterimaNya
Sebagai tetamuNya.
Kesemuanya dengan RahmatNya