SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, March 8, 2010

Umno Sebenarnya Amat Dhalalah?

Harakahdaily menyiarkan ucapan TGNA sempena dua tahun Pakatan Rakyat. Setengahnya beliau berkata:-

1. "Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam."

1a) DAP menolak Islam. PKR mengasingkan politik dengan agama. Apa bezanya dengan Umno? Cuba periksa perlembagaan parti masing-masing! Yang mana satu perlembagaan bertujuan mendirikan negara Islam dan mendaulatkan peraturan Allah melalui Al-Kitab? Sekurang-kurangnya Umno membina masjid, menaungi Islam dan mengurus agama. Atas dakwaan ini PAS tiada alasan untuk menolak satu lalu menerima yang lain. Sudah nyatalah bahawa penolakan PAS keatas Umno bukan kerana agama.
Di zaman Nabi, tiada berparti. Sekarang: PAS parti. Umno pun parti. Maka bila Umno parti dholalah, begitu juga PAS. Lebih dholalah bila PAS jadikan agama sebagai alat untuk keuntungan dunia.
1b) Nabi s.a.w. selaku ketua agama dan kerajaan, "makan gaji dengan Tuhan". TGNA makan gaji dengan sesama manusia. Nabi s.a.w. bertuankan Allah. Siapa tuan TGNA? Semua orang bila mengambil bayaran gaji, bertuankan pembayar gajinya. TGNA, sebagai ahli agama melakukan dholalah paling besar.

2. "Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, .........."

2a) Mengkhianati ...? Apa sumbangan PAS kepada Islam selama 50 tahun ini selain menzahirkan keburukan sesama Islam dan menyembunyikan kebaikan? Padahal Tuhan bagi PAS lebih suka menyembunyikan keburukan hambanya! Apabila menggunakan agama untuk keuntungan duniawi, PAS sudah khianat.
2b) Berpandukan pengalaman lepas .... (hingga akhir perenggan). Ini hanya alasan untuk menutupi dendam kesumat. Malang bangsa Melayu .... bila kaum cerdik pandainya tergelincir ..... semua pengikutnya terjerumus sama.

5. "Sekarang .......... Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. ...."

5a) Dengan gulu-gula murahan sedemikian TGNA terpedaya? Berapa orang lain turut terpedaya? Apalah "sumbangan" cina DAP ini berbanding "sumbangan" kaum mereka dari golongan Yahudi dan Nasoro seperti Arberry, Palmer, Rodwell dan Sale yang bukan sahaja membaca sepotong ayat, malah mengeluarkan terjemahan Al Qur-an lagi! Siapa tahu niat mereka? .... inikan Cina DAP yang baru semalam ......? Kalaulah mereka ini boleh dipercayai "at face value", masakan Allah memberi amaran 2:120 "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama / cara mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

5b) Kita menjemput TGNA meneliti ayat ini sebagaimana layaknya sebagai seorang mursyid ... melalui muraqabah dan musyahadah.