Encik Tuan mengidam untuk mengecapi kecantikan isteri pemandunya.
Mulai dia perasan akan keinginannya, dia merancang dan merancang ... terbayang-bayang, terangan-angan termimpi-mimpi. Dia tidak perasan yang pemandunya mula perasan akan kelakuan bosnya yang kerap menelanjangi isterinya dengan pandangannya setiap kali tersua.
Isterinya perasaan yang suaminya parasan akan kelakuan bossnya yang memendam perasaan terhadap dirinya.
Satu hari Encik Tuan menugaskan pemandunya menghantarkan keluarganya balik bercuti di kampong dan memberi cuti kepada semua pembantu rumah dan tukang kebunnya. Tinggallah Encik Tuan seorang diri di rumah dan isteri pemandunya di kuarters orang gaji.
Diperintahkan isteri pemandunya menyiapkan makan tengah hari dan menghantarkan sajian itu ke atas di pejabat peribadinya.
Isteri pemandu menjalankan tugas dengan sempurna. Makan tengah hari siap disajikan. ... Tuan sajian sudah siap.
Marilah makan sama. ... Mereka makan bersama. Berbual kosong. Isteri pemandu perasaan inilah masanya. Sang Tuan perasan tiada riak penolakan dari mangsanya.
Saya hendak naik. Tutup semua pintu. Selepas itu hantarkan saya secawan air buah kiwi.
Isteri pemandu menjalankan tugas. Setelah siap naik menghantarkan minuman Encik Tuan.
Sudah tutup semua pintu? Senyum mengajak.
Semua sudah tuan. Kecuali satu. Memandang terus ke mata Encik Tuan.
Yang mana? Sambil memaut bahunya.
Pintu antara kita dan Tuhan. Dia kata, yang itu tuan kena tutup sendiri. Sesudah tuan tutup pintu itu, Dia berpesan mencariNya dahulu. Semuga kita sentiasa perasan akan kehadhiran Dia. Dengan itu, tidaklah dikira kita berkhaluat .... kerana ada Diri yang ketiga.