Allah s.w.t. mempersiapkan hambaNya yang beriman dengan Surah Al-Falak untuk memperbentengi iman mereka dari angkara dalang kejahatan - fasad - ketika Dia berfirman:
Al-Falaq 113:1-5
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
(2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
(3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
(4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
(5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Rasulullah s.a.w. pun meninggalkan pesan kepada ummatnya yang di akhir zaman, bahawa akan datang satu zaman yang dahsyat, terlebih dahsyat dari yang pernah dialami oleh manusia sejak Adam a.s. diutuskan. Sangat sedikit iman yang terselamat kerananya. Satu dalang kejahatan yang tidak berperi-kemanusiaan akan menguasai dunia.
Dalang jahat lagi mengerikan tersebut akan menidas dengan memaksakan kejahatan dan kediktatoran mereka keatas seluruh manusia dan menyesatkan umat yang beriman. Dalang jahat ini memiliki PhD dalam tipu-helah dan penipuan.
Akibat dari tipu-helah dan kelicikan penipuan dalang ini, apa yang diperlihatkan atau terketara oleh mata kasar bukanlah apa yang sebenarnya, malah sebaliknya. Bahwa penampilan (yang ketara) adalah sama sekali berlawanan dengan kenyataan yang sebenarnya. Bahwa dalang ini akan menampakkan setiap jalan ke surga lalu ditampilkannya terlihat seperti jalan ke neraka, dan ia akan mencipta-reka jalan-jalan ke neraka lalu ditampilkannya terlihat seperti jalan ke surga.
Akibat pengkaburan dalang ini, mereka yang melihat dengan hanya pengetahuan zahiriah (mata kasar); walaupun mempunyai alat PhD dari University Amerika, tidak akan mampu menembusi penipuannya. Mereka akan membentuk penilaian berdasarkan pengetahuan zahirnya sahaja. Mereka akan tertipu lalu akan percaya bahwa mereka berada di jalan ke surga, padahal sesungguhnya mereka berada di jalan ke neraka; dan mereka tidak akan tahu itu.
Matlamat akhir melalui jalan keruhanian di dunia ini, umpamanya dari halaqah-halaqah zikir, adalah untuk mecapai apa yang tanpanya tidak dapat dicapai. Tujuan utama menjalani jalan keruhanian ialah pengetahuan hakikat. Pengetahuan hakikat datang ialah ketika pengetahuan eksternal (zahiriah) dan internal (ruhaniah) dapat diintegrasikan secara harmonis antara satu sama lain.
Dalam Al-Qur'a Allah merujukkan tentang orang-orang yang tidak memiliki pengetahuan ruhaniah; yang tidak menjalani pencarian keruhanian; atau yang mengejar pencarian keruhanian tetapi tidak sadar apa tujuan dari pencariannya itu; atau yang mungkin percaya bahwa pencarian keruhanian hanya bertujuan untuk mampu melakukan kekeramatan; (iaitu tindakan yang kelihatan seperti apa yang dilakukan oleh para nabi sebagai mukjizat); atau yang tidak memahami bahwa pencarian keruhanian pada akhirnya bertujuan mencapai kepada pengetahuan hakikat dan ma'rifat; Allah s.w.t. sifatkan orang-orang sebegini sebagai buta melalui firmanNya dalam Sura, al-Araaf Ayat 7:179:
لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا
Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا
Mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya
وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا
Mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya
أُوْلَئِكَ آَالأَنْعَامِ
Mereka itu seperti binatang ternak
Orang-orang seperti inilah, yang akan menganggotai sebahagian besar dari tamadun akhir zaman, memiliki status yang setara dengan sapi (walaupun memegang gelaran PhD dari Barat)
بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Umpamanya mereka akan lalai atau tidak sedar akan tipu helah dalang-dalang kejahatan akhir zaman tersebut.
Sekurang-kurangnya mereka akan gagal menembusi kelicikan pakatan Israel-Barat lalu bersekongkol dengan mereka memerangi saudara-mara sendiri. Mereka, walaupun Islam, akan lihat bahawa pakatan Israel-Barat 'ada hak' membunuh saudara seagama mereka, tapi mereka lihat saudara Islam yang tertindas ini tidak ada hak walaupun mempertahankan diri.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ittaku firasatal mu’min fa innahu yanzuru bi nurillah
Takutilah firasat mukmin. Sesungguhnya mereka melihat dengan noor Allah.
Iaitu pandangan mukmin yang disertai dengan pandangan mata hati yang menjurus bukan sahaja kepada yang nampak diluaran bahkan disertai dengan pandangan penyertaan noor dari Ilahi yang "melihat" terus kepada hakikat sebenar tanpa perantaraan. Pelajaran ini tiada diajarkan dimana-mana pun dunia dan universiti Barat.
--------------------------