SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, June 10, 2010

Terjumpa Di Bawah Permukaan

Rasulullah menghadithkan perihal Dajjal. Dajjal hanya melihat dengan satu mata. Di dahinya tertulis "kaf fa ro" = kafir. Setiap mukmin (di hatinya ada noor dari Allah) dapat membacanya (mengenalnya samada si mukmin itu pandai membaca atau tidak).

Apa implikasinya?

Si mukmin boleh mengenali Dajjal. Tetapi Abu Lahab tidak. Padahal dia ada mata. Abu Lahab and the likes reads with the wrong eyes. Apakah si mukmin mengenalnya melalui mata lain selain mata kasar ini?

Apakah ada mata lain selain yang dua biji ini? Semua universiti Barat kata mana ada. Bangsa-Bangsa Bersatu pun kata tiada. Semua pengikut mereka kata mana ada mata telinga lain selain ini. Semua mereka tidak percaya ada cara lain menimba ilmu selain melalui naluri-naluri zahir, melalui pemerhatian makmal dan penyelidikan rasional.

Tapi Al-Qur'an kata ada. Selain mata telinga zahir ada mata telinga batin. Selain mendapatkan ilmu melalui fakulti-fakulti zahir, fakulti dalaman beribu kali lebih besar kemampuanya pada menggali ilmu.

Di Suratul Hajj, (22:46 maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu apakah mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau apakah mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi, hati yang di dalam dada yang buta) Allah mencabar orang-orang seperti Uncle Sam yang hatinya sudah mati, dicabar menjejaki bumi Allah dan dengan memerhatikan tanda-tanda Alah, mudah-mudahan qabu yang mati itu boleh hidup semula. Belajar apa dan dari manapun, jika hati itu buta (dari noor Allah yang diisyaratkan oleh ayat ini), fakulti dalaman tetap akan lumpuh. Tetapi bila hati itu hidup dengan noor Allah, telinga hatinya dapat mendengar dan mata hatinya dapat melihat. Inilah yang dimaksudkan dengan orang mukmin itu melihat dengan noor Allah. (posting lalu)

Jadi yang mengidentify Dajjal dan Ya'juj dan Ma'juj itu bukan mata zahir, tetapi mata dalaman yang ada pada setiap mukmin. Allah s.w.t. sebut dalam Surah Al-Anbiya' 21:95-96 bahawa kaum (yang bandarnya melalui tangan Nebuchadnezar dan kemudian menerusi tentera Rom) diharamkan balik sehingga Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

Kini Yahudi sudah balik dan membentuk setinggan haram bernama Israel. Maka tembok Zulkarnain tentunya sudah binasa dan Ya'juj dan Ma'juj (salah satu tanda akhir zaman) pastinya sudah dilepaskan ratusan tahun sebelum Yahudi balik dan membentuk kediaman sementaranya.

Tidak hairanlah jika Israel itu bertindak sekejam dhabbatul ardh (juga salah satu tanda akhir zaman) (dhabbatul ardh bermaksud makhluk liar dari bumi berhati buas - a being with the heart of the beasts) apabila ada pada mereka warisan darah Ya'juj dan Ma'juj. Mereka ini hidup dan bermewah-mewah diatas kesengsaraan dan darah makhluk lain.