Makanan dicipta Allah s.w.t. daripada noor dari sisiNya. Bila dimakan, makanan ini menjadi noor semula lalu membahasi qalbu. Apatah lagi jika dihiasi dengan doa-doa atau Nama-Nama Allah seperti Bismillah atau Alhamdulillah. Qalbu menjadi subur semula dengan Noor Allah. Qalbu yang hidup menjadi perasan/ingat/merasa akan asal dimana ia diciptakan dan rindu kembali kepada asalnya.
Ada juga makanan yang dicipta oleh musuh Allah, umpamanya syaitan, atau makhluk-makhluk biasa yang ikut campurtangan dalam pengubahsuaiannya bagi pihak syaitan dan Dajjal. Makanan seumpama ini merusak jasad dan mematikan qalbu. Qalbu yang mati menjadikan diri tidak kisah dari mana dia datang, untuk apa dia dijadikan dan kemana dia pergi. Allah s.w.t. menjanjikan makanan yanh Allah tidak redho dimakan menjadikan pemakannya bahan bakaran api (neraka dunia atau akhirat, atau kedua-duanya)
Allah s.w.t., melalui Al Qur-an, banyak kali menyebut tentang bagaimana bumi yang mati dihidupkan dengan hujan dari langit. Ada kalanya ia bermaksud tanah dan air sahaja. Banyak juga yang mengungkapkan bumi itu sebagai qalbu dan hujan itu sebagai Noor Ilahi dari darjat yang Maha Tinggi. Ayat-ayat yang mengikutinya, yang menyebut tentang hasil bumi seperti ternak dan tumbuh-tumbuha mengungkap pula kepada maksud hasil qalbu yang hidup seperti amal saleh dan ketaqwaan.
Juga, dalam satu cabang lain dalam kajian agama Allah ini, yang dikatakan Noor dari Allah itu ialah Islam, yang membuahkan Iman, yang membuahkan Ikhsan, yang akhirnya membuahkan hampir dengan dan kenal akan yang Maha Pencipta segal sesuatu.
Qalbu yang hidup sangat memilih makanan yang dijadikan asbab untuk membasahi qalbu dan dirinya; bukan setakat menyebabkan kenyang atau sihat sahaja. Dia khuatir, jika semberono atau serakah makan, qalbunya menjadi sakit bahkan mati terus. Baginya ini boleh menjadikan sembahyangnya / ibadahnya kurang khusyu' atau Qur-an yang dibacanya tidak mengingatkan ia bahawa ini adalah ayat-ayat dari Allah yang dikirimkan kepada dirinya. Juga baginya setitis air mata yang membasahi pipinya (dari kerana kesedaran ini) adalah barasal dari qalbu yang terasa hampir dengan Penciptanya, dan ia terlebih berharga baginya dari segunung intan.
Allahu akbar Allahu akbar.
Laailaaha il Allahu Allahu Akbar.
Allahu akbar wa lillahil hamd.
Sungguh besar jasa Rahmat al-Alamiin Muhammad Rasulullah s.a.wasallam. Allah s.w.t. dan para malaikatNya pun berselawat ke atas Nabi.
Allahumma solli 'ala, sayyidina, Muhammad-in-nabi-al-ummi, wa 'ala alihi wa sohbihi, wa sallim.