SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, July 17, 2010

Hikmah Dijadikan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim

Semua Awliya tahu hikmah ini. Setengah ulama pun tahu. Sesiapa yang mengetahui hikmah ini, mampu menawan Iblis. Yang tidak mengetahuinya menjadi tawanannya. Ini adalah peraturan penting dalam setiap agama. Setiap Nabi dan Awliya tahu ini, dan ini membolehkan pengamal untuk berjihad dan meletakkan Iblis di bawah kawalan mereka.

Ilmu mengenai hikmah ini, meletakkan sipemunya menjadi pemerintah terhadap Syaitan, ego, hawa nafsu dan kehidupan dunia. Keempat-empat itu adalah tunggangan. Jika tidak dikendalikan, mereka menunggangi. Jika boleh mengawalnya, mereka memberikan manfa'at yang tak ada habisnya. Kesemua itu boleh mengisro'kan penunggangnya melepasi langit ketujuhpun. Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa manfa'at. Bagi siapa pun yang meminta, Allah berjanji untuk memberi. Jika tahu cara untuk menggunakannya, semuanya mempunyai kelebihan di dua-dua kehidupan.

Sayyidina Ali k.w. adalah salah seorang Sahabat yang paling hormat kepada semua orang. Dia tidak akan berjalan di depan orang tua. Suatu subuh, ia berjalan ke masjid untuk solat subuh. Dia terserempak seorang tua berjalan perlahan di hadapannya. Sayyidina Ali k.w. berjalan perlahan di belakangnya sampai ke masjid.

Dia dapati orang yang tidak memasuki masjid, dan melihat Nabi sedang bangun dari sujud masuk ke raka'at kedua. Serta-merta dia faham bahawa orang tua itu adalah syaitan, datang untuk membuatnya terlambat untuk solat. Dicengkamnya leher orang tua itu dan dihmpitnya dengan sebuah batu besar. Diapun masbuk.

Setelah solat Nabi s.a.w. bertanya: "Wahai Ali, apa yang terjadi?"
Dia menjawab: "Ya Nabi s.a.w., tuan tahu apa yang terjadi. Musuh Allah menghalang saya hari ini menyebabkan saya kehilangan satu rakat berjemaah".

Sayyidina Ali k.w. keluar bersama Nabi dan para Sahabat r.a. lain untuk menyaksikan Syaitan menggeliat-geliat di bawah batu itu. Ali k.w. sangat marah. Satu rakat di belakang Nabi s.a.w. lebih berharga baginya daripada seluruh dunia. Dia berkata: "Tujuan saya adalah untuk membiarkannya di sini hingga ke hari qiamat, tapi saya sedia untuk menerima arahan tuan Ya Rasulullah s.a.w."
"Ya mukminin, tahan dirimu dari menjadi seorang perompak. Jika kalian berbuat demikian, kalian akan memutuskan perjalanan ummatku ke maqam mereka di Hadhirat Ilahi, atau untuk mencapai darjat jihad akbar. Jangan bimbang tentang dia, dia hanya seorang hamba bagi ummatku. Ramai yang akan mencapai tahap yang tinggi kerana melawan dia".

Baginda s.a.w. bermaksud bahawa ummatnya mempunyai keupayaan mengalahkan syaitan, dan baginda menunjukkan kepada ummatnya hikmah dan rahsia bahawa Syaitan adalah sebab utama untuk mencapai martabat lebih tinggi dalam kehidupan beragama atau keruhanian. Anak Adam boleh memperalatkan dan mengambil manfaat darinya. Tungganginya sehingga mencapai setiap maqam di Hadhirat Ilahi.

Sudah semestinya dalam setiap kejadian tersembunyi rahsia atau hikmah, dan apabila meyakininya dan mencarinya, akan menemuinya dalam kedamaian penyerahan diri dan keredhaanNya. Jika sang hamba tunduk-terima bahawa ada rahasia, ada kebijaksanaan atau ada hikmah dalam setiap ciptaanNya, maka tidak akan ada masalah di antara mereka di bumi. Allah tidak pernah memberikan izin untuk sesuatu apa pun kejadian yang muncul tanpa kebijaksanaanNya.

----------------

p/s: Sedangkan Iblis Syaitan ada gunanya .... takkanlah UMNO dan PAS tiada gunanya untuk ummat Melayu.