SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, July 22, 2010

Sya'ban Sebelum Ramdhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bagi orang Mukmin, mengingati taqwim Islam, umpamanya:-
(1) Keutamaan Bulan Sya'aban. DAN
Menghayatinya yang menjanjikan:-
(2) Maghfiroh (keampunan) dan ridhwan (keredhaan) di malam nisfu-Sya'aban (pada hari Ahad 25/7/2010 malam Isnin) ini adalah terlebih aula dari mengingati/menghayati "hari kekasih" umpamanya.

Kecerdikan akal tentu dapat membezakan apa yang didapati dari upacara "hari kekasih" yang tidak ada kena mengena dengan amalan Mukmin berbeza dengan apa yang dijanjikan oleh Islam melalui penghayatan taqwim-taqwim Islam seperti dibawah:-

Ummahatul Mu'minin 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. biasa berpuasa sehingga kita menyangka bahawa baginda s.a.w. tidak akan berhenti dari berpuasa, biasa juga baginda s.a.w. tidak berpuasa sehingga kita menyangka baginda tidak akan berpuasa lagi; namun saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dari awal hingga akhir bulan melainkan dalam bulan Ramdhan; selain dari itu saya tidak pernah melihat Baginda s.a.w. berpuasa di mana-mana bulan pun sekerap di bulan Sya'ban. (Bukhari.)

Ummahatul Mu'minin 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. biasa berpuasa sehingga kita menyangka baginda s.a.w. tidak akan berhenti dari berpuasa, biasa juga baginda s.a.w. tidak berpuasa sehingga kita menyangka baginda tidak akan berpuasa lagi. Yang paling digemarinya ialah berpuasa di bulan Sya'ban.
Saya bertanya: Ya Rasulullah s.a.w. mengapa tuan nampaknya gemar berpuasa di bulan Sya'ban?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Ya 'Aisyah; ianya bulan dimana Malaikat Maut mencatat nama-nama orang yang rohnya akan diambil sebelum tahun itu berakhir. Saya lebih memilih namaku dicatat ketika aku berpuasa.

Ummahatul Mu'minin Salama r.a. berkata: Tiada dimana-mana bulan selain Ramdhan, Rasulullah s.a.w. berpuasa sekerap di bulan Sya'ban. Itu kerana di setiap Sya'ban, sesiapa yang ajalnya sampai pada satu-satu tahun itu, namanya dipindahkan dari senarai hayat kepada senarai ajal, dan sesaorang itu munkin sahaja akan keluar musafir sedangkan namanya tersenarai dalam senarai orang-orang yang akan menemui ajalnya.

Anas ibn Malik r.a. berkata: Ketika ditanya berkenaan puasa yang paling besar manfaatnya, baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: Puasa di bulan Sya'ban untuk menghormati Ramdhan.

'Ubaidullah ibn Qais mendengar Umm 'Aisyah r.a. berkata: Bulan yang Rasulullah s.a.w. sangat cintai ialan Sya'ban, yang dihubungkannya dengan Ramdhan.

'Abdullah r.a. barkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa berpuasa pada Isnin terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampuni.

Anas ibn Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Ia dipanggil Sya'ban kerana disandingkan (yansha'ibu) kepada Ramdhan; manakala Ramdhan dipanggil demikian kerana ia membakar (yurmidu) dosa.

Malam yang ke lima belas Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban. Malam maghfiroh (keampunan). Malam ridhwan (keredhaan). Malam keberkatan. (Lailat al-Bara'a). Iaitu satu daripada empat malam yang Allah pilih untuk keutamaan makhlukNya; (iaitu Lailat al-Bara'a, Lailat al-Qadr, Lailat al-Jum'a dan Lailat al-'Id)

Lailat al-Bara'a dipanggil malam penuh berkat kerna ia "kenderaan" atau penuh dengan rahmat, berkat, manfaat, kemaafan dan pengampunan diturunkan untuk hamba-hambaNya di bumi.

Abu Nasr meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada malam nisfu Sya'ban Allah s.w.t. turun ke langit bumi mengampunkan setiap Muslim kecuali penyembah selain Allah, pembekal kebencian, pemutus hubungan keluarga, dan perempuan-perempuan yang melakukan hubungan seksual dengan berbilang pasangan secara kasual.

Dari Abu Nasr dari Yahya ibn Sa'id dari 'Urwa; Umm Mukminin 'Aisyah berkata: Satu malam nisfu Sya'ban, Rasulullah s.a.w. ambil selimut saya. Demi Allah. Itu bukan sutra atau kapas halus pun. Ia hanya rerambut disulam sedikit sutra. Saya kira baginda Rasulullah s.a.w. pergi kerumah Umm Mukminin yang lain. Saya pun teraba-teraba didalam gelap bilik itu sehingga tersentuh kaki baginda s.a.w. Baginda sedang sujud. Saya masih ingat munajat baginda s.a.w. ketika itu ...
"Yang sujud dihadhiratMu ialah jasad dan rohku, manakala hatiku di dalam genggamanMu. Aku akui nikmatMu. KepadaMu ku hadapkan dosaku. Aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku. Tiada yang mengampun dosa kecuali Engkau. Aku berlindung dengan keampunanMu dari siksaMu, dengan rahmatMu dari balasanMu, dengan keredhoanMu dari kemurkaanMu. Aku berlindung dengan Engkau dari Engkau. Aku tidak mampu memujiMu kerana Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji Engkau."
Umm Mukminin 'Aisyah menyambung: Begitulah Rasulullah s.a.w. tidak berhenti-henti solat. Sekejap berdri. Sekejap duduk tahiyat. Hingga ke pagi.
Di selunjurkannya kakinya. Sedang saya memicit kaki baginda s.a.w. saya berkata: Ayahku ku jadikan penebusmu. Ibuku juga. Sungguh Allah telah mengampuni dosa tuan yang lalu dan akan datang. Sungguh Allah s.w.t. sudah mengampuni dan merahmati tuan. Tidakkah begitu? Tidakkah begitu?
Baginda s.a.w. menjawab: Ya 'Aisyah. Lalu tidakkah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur? Kamu tahu apa berlalu malam tadi?
Saya bertanya: Apa yang berlaku ya Rasulullah s.a.w.?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Inilah kalanya semua kelahiran tahun berkenaan dicatat. Semua kematian didaftarkan. Inilah masanya rezeki ditetapkan dan kebaikan dan kejahatan mereka dikumpulkan.
Ya Rasulullah s.a.w. masukkah seseorang itu ke syurga tanpa rahmatNya?
Tiada siapa masuk syurga melainkan dengan rahmatNya.
Tuan s.a.w. pun tidak?
Aku pun tidak sekiranya Allah s.w.t. tidak selimuti aku dengan rahmatNya.
Kemudian Rasulullah s.a.w. sapukan tanganny ke muka dan kepala baginda.

Riwayat berikutnya juga dari Abu Nasr; 'Aisyah berkata:
Ya 'Aisyah. Malam apa ini?
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Malam nisfu Sya'ban. Malam perbuatan dan amal manusia diangkat naik. Hamba Allah seramai banyaknya bulu ternak kaum Kalb diampuni dan diselamatkan dari neraka. Jadi, maafkanlah saya malam ini.
Silakan ya Rasulullah s.a.w.
Malam itu Rasulullah s.a.w. solat begini: Dia qiam sebentar sahaja. Baca Al-Hamd dan surah pendek. Baginda sujud sehingga tengah malam. Baginda qiam untuk reka'at kedua seperti tadi, lalu sujud hingga subuh.
Umm Mukminin 'Aisyah r.a. menyambung: Saya perhatikan baginda s.a.w. sehingga saya sangka Allah s.w.t. telah mengambilnya pulang. Beberapa lama kenudian, saya mendekati baginda s.a.w. dan menyentuh tapak kakinya. Baginda bergerak. Saya dengar baginda munajat dalam sujudnya, "Aku berlindung dengan keampunanMu dari siksaMu. Aku berlindung dengan Engkau dari Engkau. Maha tinggi pujian untukMu. Aku lemah dari memujiMu kerana Engkau sebagaimana Engkau memuji Diri Engkau."

Ya Rasulullah s.a.w. Malam ini saya terdengar tuan menuturkan sesuatu yang belum pernah tuan tuturkan.
Sudah engkau pelajarinya?
Bila saya kata sudah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Pelajarinya dan ajarkannya kepada mereka. Jibrael a.s. mengajarkan ku untuk diulang-ulangkan dalam sujud.

Ikrima r.a. budak kepada Ibn Abbas r.a. merujukkan malam nisfu Sya'ban kepada
سُوۡرَةُ الدّخان (44:4)
فِيہَا يُفۡرَقُ كُلُّ أَمۡرٍ حَكِيمٍ
"Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" dan mentakwilkannya seperti berikut, " Itulah malam nisfu Sya'ban. Allah s.w.t. menetapkan urusan tahun itu. Allah s.w.t. memindahkan sebilangan yang hidup ke dalam senarai ajal. Allah s.w.t. catatkan bilangan yang bakal bertetamu ke Rumah Allah; tidak satu pun terlebih atau terkurang."

Seperti manfaat mana-mana amalam Islam, penghayatan malam nisfu Sya'ban merentasi dua kehidupan .... jauh berbeza dari penghayatan anutan-anutam lain taqwim ciptaan manusia.