SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, July 4, 2010

Menselusuri Jalan Semalam

Perjuangan Yang Belum Selesai.

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah.
Tiada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan lilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka
Dan bangsa terpelihara.
Air mata sengsara
Mengiringi setiap langkah
Bapa bapa kita

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya
Selain memerdekakan
Mengisi kemerdekaan itu
Jauh lebin sengsara

Bangsaku bukan kecil hati ... dan jiwanya.
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut pengembara
Malah penakluk terkemuka ...
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama' dan ilmuan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung semudra
Menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak pernah mengenal erti takut dan kematian.

Dimanakah silapnya
Hingga bangsaku berasa
Begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajahan
Lalu bangsaku mula melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memertabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya
Akan sentiasa dihurmati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya.

Hari ini jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membena mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir.

==================
Lagu Warisan: Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.
------------------
"... hendak balik kemana anak cucu kita nanti...?"
------------------

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama la kita
Cinta lenyap di arus zaman.
-----------------
".... amanahkah kita mewarisi warisan ....?"
-----------------

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
-------------------
".... Mereka akan takluk seluruh bumi dan minda kita ..."
------------------

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup la hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
-----------------
".... Mereka dah rampar negeri terkaya kita ... kita masih bersengketa ...!"
----------------

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri.
--------------------
".... masih gelojoh dan lupa membina warisan untuk anak bangsa yang belum dilahirkan..?"
-------------------

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah PERKASA
Jangan terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah dinusantara
Melayu kan gagah dinusantara
Melayu kan gagah dinusantara
----------------------
".... Pejuang bangsa memperjuangkan bangsa demi bangsa ...
.... Petualang, lanun-kampret mempergadaikan bangsa demi dompet ...."