SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, November 11, 2008

DR. CHUA & BUMIPUTERA HOUSING QUOTA

Rujuk ka alamat ini:- http://drchua9.blogspot.com/2008/11/bumiputra-housing-quota.html


Semua cakap Datuk itu benar.

Hanya senya setakat pandai, tetapi tidak cukup cerdik. Formula ini masih cerita lama. Alasan untuk menurunkan kuota Bumiputera. Alasan untuk menjamu ketamakan.

Cerita perumahan Negeri Kedah digunakan untuk mentsabitkan hujjah menurunkan apa-apa kuota pun. Kelicikan inilah yang menyebabkan Bumiputera tetap sangsi terhadap bukan-Bumi.

Malangnya Bumi sekarang kurang mahu sopan santun, kurang selera berbudi pekerti lagi, malas beradab sembah lagi kepada kelakuan diberi betis hendakkan peha, diberi muka panjat kepala pula, kacang lupakan kulit atau kadok naik junjung.

Saranan ini masih mengakibatkan yang kuat telan yang lemah, yang licik kelecek (kelentong) yang lurus, yang terdahulu tak pedulikan yang terkemudian dan akhirnya jurang perbezaan semakin melebar.

Kalau beginilah, matlamat perkongsian (apa pun perkongsian) negara tidak akan tercapai. Bumiputera tidak akan dapat diyakinkan supaya melihat DEB sebagai sesuatu yang berlalu dan tungkat tidak ada peluang hendak direhatkan. Siapa kita hendak salahkan jika ini berterus terusan. Siapa yang menyebabkan tungkat dan DEB diguna pakai pada mulanya?

Tikus? Kailan? Orang asing?

Ma'af tetapi tidak Datuk. Logik Datuk hanya adil kepada En. Seorang tapi tidak adil kepada En. Si Ramai ini. Keadilan logik Datuk bagus diguna pakai pada mengurus ringgit dollar dan yen sahaja tetapi langsung tidak sesuai diterapkan kepada mengurus darah, daging, nyawa, perasaan, harapan dan kemarahan. Ringkasnya manusia. Orang. Anak Adam. Bukan homo sapiens evolusi monyet dawaan athies itu.

Logik Datuk adalah nyanyian merdu untuk "pembangunan dan kebendaan" tetapi adalah locing pengiring mayat ka pelantar pembakaran oleh mereka yang melalui hidup ini seolah-olah tiada harapan lagi.

Kita sa Malaysia mahukan pemimpin yang mampu adil kepada si kaya dan si miskin, si tinggi dan si rendah, yang berlalu dan yang mendatang. Semua. Kepada semua. Terutama kepada kedua-dua hujung cokmar. Yes, to both ends of the pole.

Bolehkah dikatakan hujung cokmar yang kecil itu kurang bernilai dari satu hujung lagi yang lebih besar? Potonglah satu hujung semata-mata kerana ia kecil kalau si kecil ini boleh hilang. Ia akan hilang hanya bila seluruh cokmar itu jadi cebisan batang macis.

Si kecil tidak akan hilang melainkan si besar hilang sama.

Tidak Datuk. Kalau inilah buah hati Datuk untuk menyelesaikan masaalah ini, Datuk sudah gagal. Datuk tewas sebelum berjuang. Bagaimana rakyat hendak memilih pemimpin yang tewas?

Lagi satu. Kami tidak selesa dengan ungkapan Datuk, "This will take care of the needs of bumiputra." Cuba amat-amati yang tersirat di sebalik ungkapan ini? Siapa yang menentukan cukup atau tidak cukup?

Dahulu saya marah bila abang saya beri dua biji gulu-gula dan kata, "Dah .. dah pergi sana main jauh-jauh" Abang saya anggap semua ini main-main sahaja.

Maaf Datuk.

1 comment:

Mat Cendana said...

Assalamualaikum,
THANKS for coming over to my "Recovery" site, and leaving your comment there - I really appreciate it.

Actually, I already know of your site and had visited it before (had followed the link from e-referrer.com). You write your opinions quite well and it's a shame that there aren't more readers here.

However, if you continue to leave comments at the high-profile blogs like Demi Negara, Che Det etc, you'll get them coming ... slowly at first (there are so many socio-political blogs). Plus if you engage in some "muka tak malu" shameless promotions like I do with the "Cendana Blues" blog Heheh!