Melayu dicemuh kerana diberi tungkat. Melayu diejek kerana pakai tungkat. Melayu rasa terhina kerana jalan bertungkat.
Sebenarnya penungkat negara ialah Melayu. Sejak 2500 tahun dahulu Melayu ialah tungkat dunia Melayu. Melayu ialah tungkat.
Tungkat juga cokmar. Ada cokmar di istana. Ada cokmar di mimbar. Sifat tongkat cokmar ini unik. Ada hujung kecil ada hujung besar.
Orang anggap hujung kecil kurang nilai berbanding hujung besar. Orang anggap orang kecil tidak mengapa jika kurang dipedulikan. Tak apalah 30% dah cukup untuk si miskin pemalas ni. Peruntukkanlah dia kuota rumah, sampai tempoh, ambil balik kuota itu, serah pada si kaya.
Tak usah peduli si kecil tu. Tak kira langsung pun tak apa. Buang terus pun tak apa. Potong habis lagi baik.
Tapi pulak, hujung kecil yang dipotong buang itu tak akan hilang. Tiap kali dipotong, ada lagi dia disitu. Tiap kali dipotong, semakin membesar dia.
Habis semua dipotong. Tiada tungkat lagi. Tiba-tiba baru sedar tungkat cokmar jadi serpih-serpihan. Niat hendak buang hujung kecil. Hujung besar hilang sama.
Yang minat jadi pemimpin Malaysia, peganglah tungkat dengan kuat ikhlas, hunuslah keris keadilan.
Mereka yang melaksanakan amanah dengan saksama pun, tetapi masih tidak adil kepada si kerdil, hakikatnya mereka memotong buang hujung tungkat yang kecil.
Melayu ialah tungkat.
No comments:
Post a Comment