SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, November 20, 2008

Madu Dan Cuka

Dipetik dari:-(http://test.chedet.com/che_det/2008/11/siew-sin-on-sino-malay-relatio.html#more)

"Siew Sin remarked that the British identified the Chinese as a whole unjustly with the Malayan People's Anti-Japanese Army which was controlled by the Communists. The Emergency of 1948-1960 generated even greater suspicion against the Chinese community because the movement was directed by the Communists who were largely Chinese."

Saya teringat kampung saya ketika itu. Jauhnya lapan batu ka darat dari jalan Batu Pahat ke Pontian. Perkampungan paling pendalaman. Terkadang malam, terdengar babi hutan menjerit ditangkap harimau. Kampong belukar baharu teroka di tepi hutan.

Teringat juga peristiwa ketua kampung saya diculik Kominis Bintang Tiga. Tamat riwayatnya. Pak Naib kampung sebelah dijumpai dalam sangkar babi dalam sungai selepas dua hari tidak balik dari sawah. Selepas itu kami (saya 6 tahun, adek 4 tahun dan emak) dan beberapa keluarga lain, bila malam, tidur (bersembunyi) di belukar. Teman setia kami ialah nyamuk, agas, semut. Pandang keatas nampak langit. Pandang keleling nampak gelap. Yang menghiburkan kami ialah kesunyian suara malam dan rintihan anak kecil kesejukan. Kaum lelaki dewasa berkawal berjaga (ala rukun tetangga sekarang) bersenjatakan parang, lembing buluh runcing dan tali.

Yang paling saya ingat ialah suatu hari kami didatangi lima orang Cina Bintang Tiga. Salah seorang dari lima itu saya kenal. Ah Pek pekedai peruncit di simpang surau kampong kami. Belum pun sempat mereka duduk, bapa saudara saya Pak Awang Dimin sampai. Atok saya Mbah Gani sampai sebentar kemudian. Sebentar selepas itu juga ketuk-ketuk surau dipukul orang berirama tiga-rentak-mayat berturut-turut. (Arahan berkumpul)

"Tetamu" berbual di ruang tamu. Ah Pek peruncit menjadi penterjemah. Dari celah-celah dinding kulit kayu, saya terdengar, “….. tatak kacau ….. tatak kacau …” Sebentar lagi mereka beredar. Mata saya mengikuti mereka hingga ke simpang. Di sana saya lihat ramai ahli “rukun tetangga” kampong sedang berkumpul.

Setelah Bintang Tiga pergi, ahli “rukun tetangga” diberi taklimat oleh bapa. Ringkasnya Bintang Tiga mengajak “gencatan senjata”. Ahli “rukun tetangga” enggan percaya. “Tidak boleh dipercayai.” Ternyata. Pembunuhan dan penculikan orang-orang kampong sekitar berterusan. Mereka menggelidah rumah ke rumah merampas parang cangkaul dan makanan. Akhirnya “rukun tetangga’ dari beberapa kampong bergabung di bawah Kiai Salleh mengetuai pergerakan anti Bintang Tiga di pendalaman Batu Pahat.

Sehingga ke hari ini keturunan anak-anak buah Kiai Salleh dan “rukun tetangga” kampong sebegiini masih curiga kepada keturunan Bintang Tiga dan Ah Pek si penterjemah itu.

Dah 50+ tahun menetap di Negara tercinta ini, masih bercakap saperti Ah Soh baru turun dari tongkang. Bagaimana hendak percayaa kepada ‘taulan’ sebegini? Mereka tidak memberi apa-apa alasan untuk mempercayai mereka.

Penenjajaan “Malaysian Malaysia”, pengemisan jawatan PM atau TPM, tuntut turun hapus kouta itu koata ini, tuduhan Melayu pendatang seperti mereka, momokan hak itu hak ini, hak raja begitu hak raja begini hanya mengukuhkan kecurigaan kami terhadap kawan “seperjuangan” seperti ini.

Ini monyet panjat kepala. Lain bukan.

Mengikut persefahaman bersama (social kontrak?) mereka hormati hak kita, kita jamin hak mereka. Hak mereka terjamin. Kaum merekalah paling lumayan berbanding kaum lain. Tapi mereka terus mempertikai hak kita.

Mengikut persefahaman, kita beri kerayakyatan percuma, mereka beri balik …… apa? Apa? Dan sekarang mereka ungkit hak Raja-Raja hak Melayu pula. Ini serupa Bintang Tiga di atas yang merundingkan "gencatan senjata".

Sampai sekarang mereka belum beri balik apa-apa pun kepada kita sebagai balasan kepada kerakyatan percuma.

Adat Melayu ialah orang memberi kita merasa; orang berbudi kita berbahasa.

Kita sudah memberi. Mereka sudah merasa. Apa itu? Kerayakyatan.

Kita sudah berbudi. Mereka ini berbahasa pun belum. Apa itu? Asimilasi.

Nampaknya kita beri madu mereka balas cuka.

Sekarang, 50 tahun kemudian ada puak-puak Melayu yang bersekongkol dengan kaduk naik junjung ini. Kononnya “ketuanan rakyat”. Melayu begini menjual maruah. Melayu begini penghkhianat bangsa. Melayu begini kuda tunggangan. Melayu begini bonika pelastik. Mungkin mereka ini keturunan Si Ketol dan Raja Mandaliar. Inilah Melayu yang mudah lupa. Waktu Tun Mahathir mendeklamasikan sajak ini, mereka kedengaran tertawa. Padahal ini adalah peringatan bahawa perjuangan belum selesai, dan jangan lupakan perjuangan ini. Jangan lupa. Mereka Melayu yang mentertawakan perjuangan Melayu. Di persidangan, mereka menjajakan undi mereka kepada bidaan paling tinggi.

Namun ada sebahagian Melayu yang masih sabar, yang tidak akan lupa. Walaupun didakwa pemalas, terlalu murah hati, kera di hutan disusukan anak di pangkauan mati kelaparan, tak apa itu dan tak apa ini, ramai Melayu yang tak pernah lupa peristiwa “Bintang Tiga”. Pedih. Siksa. Traumatik. Igauan dalam jaga.

Igauan yang menambah kepada kecurigaan kita kepada “jiran tetangga”. Jiran tetangga yang memunkinkan keturunan kita bersembunya dalam runtuhan-runtuhan batu dan kayu ditemani kegelapan, debu dan kelaparan.

When one is made to feel there’s nothing more to lose, there's nothing more to give …. That is because someone has not been nice at all. Not nice at all. Well. What the hell. There’s nothing more. What else is there to lose? We are not going to allow a second Singapore. No second Patani.

No comments: