Ketika mencapai kemerdekaan dahulu tiada siapa pun, terutama bekas penjajah, meletakkan apa-apa harapan kepada kemerdekaan kita. Jurang segala perbezaan antara rakyat wujud lagi berpotensi besar boleh memporak perandakan dan menghancurkan. Malah boleh dikatakan tiada keserupaan langsung dalam apa segi pun, kecuali azam untuk merdeka. Pengorbanan dan kerugian untuk mencapai kemerdekaan dirasakan amat berbaloi.
Tetapi Duli Raja-Raja serta seluruh rakyat bertindak dengan keseragaman hati dan tindak yang di luar dugaan. Dengan pimpinan bernilai jagat, kita mencapai kejayaan demi kejayaan. Negara digerakkan dari negara ketiga kepada negara maju dalam setengah abad. Ini satu nikmat yang besar sekali.
Belum pun sempat kita menikmati kejayaan ini, kita dikejutkan oleh pelbagai rancangan atau program reality yang amat menggugat yang dilakonkan serentak. Si Perwira turun tahta. Si Tamak rakus merebut kedudukan. Si Kaduk naik junjung. Si Emperor Nero mengarah filem ‘Ketuanan Rakyat’. Si Gunting Lipatan mengkhianat dengan menjual gula-gula ‘Malaysian Malaysia’. Si Anjing Kurap DiSapu Kepala menjolok tebuan. (Setengah menjolok harimau heheheh). Panggong jadi hangar bangar rioh rendah. Lampu dipasang. Gelap jadi terang. Pementasan diteruskan juga.
Tiba-tiba muncul (ini bukan lagi program reality), orang kata dari silsilah darah putih Bumi Patani berhubungkait dengan istana-istana Kelantan dan Pahang, Sri Rama mencemar duli. Dia membawa cetusan dan ramuan ubat pahit bernama Alixir Hayat. Cetusan yang sebegini menyeluruh kesannya terhadap Negara tercinta belum pernah timbul dalam sejarah Negara Malaysia sejak merdeka.
Boleh dibeli di Farmacy Demi Negara.
Apa sumbangan kita rakyat? Sebar luaskan. Iklankan. Ajak-ajak, risik merisik, hantar tepak sirih meminang. Sesiapa yang ada ‘line’, hantar tepak sirih hingga sampai ke ……. Bawah Duli Majlis Raja-Raja pun. Biar seluruh rakyat, ya seluruh insan yang hidup atau mati, yang didalam lingkup langit dan bumi Negara Malaysia tercinta, kawan atau lawan, tanpa kecuali menilai ubat pahit ini. Siapa berwang beli. Tak beruang hutang. Semua. Yang buta datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda. Yang cucu pimpim atuk. Yang pekak …. nak rasa ubat bukan pakai telinga.
Siapa mengecualikan diri …. Tak sayang Malaysia. Siapa malawan hancurkan. Siapa nak bincang .... sana di balai penghadapan.
Farmacy Demi Negara yang saya maksudkan beralamat di http://deminegara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment