Ketua-ketua kita nampaknya bisu mengenai sekolah vernacular. Samada mereka tidak faham, tidak peduli, takut hendak buka mulut, ada strategi sendiri atau saja duduk atas pagar?
Kaum yang berkepentingan, iaitu Cina dan India, samada dari BN atau pembangkang, bising bagai bertih goreng hingga mengugut dengan Akta Hasutan dan lapuran polis.
Pemimpin Melayu? Hanya Mukhrizkah?. Anuar? Khalid? Hadi? Kami tidak kenal pun siapa Mukhriz ini. Belum pernah bersua muka. Tapi kami suka suara dia. Hujjah dia ikut jalan tengah. Tidak kiri tidak kanan. Ada nas dan sejarah. Yang lain? Malah ada yang menyebelahi pembangkang.
Takut hanya kepada Allah.
Kami orang tanam padi tidak fahamlah muslihat politik mereka. Hak kami sudah kami serah kepada mereka pada PRU lepas.
Biarkanlah saudara Mukhriz urus perkara ini sampai ke warung kopi bernama Parlimen. Mereka di sana bergasak seperti kami juga di kedai kopi Pak Selampit tepi bendang kami. Sama sahaja kedua-dua itu. Hanya di Parlimen mereka tidak bawa tajak dan cangkul seperti kami.
Parlimen Pak Selampit juga hendak mengutarakan pendapat. Adakan 'referendum' -- rujuksuara kepada rakyat.
Pungut suara kami. Melalui undian. Pemimpin kami tidak bersuara pun. Biar kami bersuaralah pula. Adakan rujuksuara. Biar kami rakyat terlibat menentukan. Pilih Mukhriz atau Lim Kit Siang. Pilih Sistem pendidikan satu bahasa atau vernacular.
Apa kata Mak Limah penoreh getah, Pok Suding peladang tembakau, Embah Selamet kebun sawit, Sim Lan Chow peruncit dan Uncle Sami penjual besi buruk .... dan ....
Apa kata M. Rajoli.
"Kuat la Pulok."
2 comments:
approach tulisan yg menarik. keep up d good work.
Salam perjuangan,
Pemuda IKS bersetuju dengan Paneh, good work!
Mengenai Mukhriz, Pemuda IKS khuatir dengan "speech power" beliau. Berharap beliau akan perbaiki kebolehan ini untuk memenangi hati para perwakilan pada pemilihan Mac 2009. BERANI BERUBAH!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Post a Comment