SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Friday, February 27, 2009

Fikir-Fikirkan Kancillah Pula

Rakyat mesti berdiri dibelakang PDRM pada menjalankan tugas menjaga keamanan Negara. Usah diperdulikan hasutan PR bahawa PDRM telah diperapatkan oleh BN atau UMNO. PR yang anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam menghasut demikian kerana tabiat PR yang sengaja melanggar undang-undang dan hukum. Dan apabila PDRM mengambil tindakan, PDRM yang disalahkan. Yang melanggar undang-undang tidak salah. Yang mempertahankan undang-undang salah. Itulah memang cara hidup PR.

Kami rakyat biasa. Kami kancil. Tolonglah. Rakyat minta tolong kepada gajah-gajah negara, berhenti dari beramok-amokanan? Cukuplah setakat ini. Tak payahlah jadi anjing menyalak bukit lagi. Dan bukit pula, tak payahlah ambil pusing bila anjing-anjing itu menyalak.

Dari golongan gerombolan bukit dan sekawan anjing tersebut, pasti ada ahli yang cendikiawan. Ajaklah bertenang. Bagilah peluang rakyat jelata menikmati sedikit keheningan dan kedamaian.

Bersabarlah. Sama-samalah kita menunggu sehingga pilihan raya yang akan datang nanti. Sementara itu tanganilah nasib kita. Setengahnya kehilangan kerja. Setengah lagi dicutikan tanpa gaji. Tengoklah di pasar-pasar lambak dan pasar-tani. Setengahnya ramai penjual dari pembeli. Hypher market di merata tempat dah .. akibatnya kedai-kedai runcit sekelilingnya gulung tikar.

Mengalahlah. Sama-sama mengalahlah. Sama-samalah berundur setapak. Supaya rakyat menang.

Pikirlah sendiri politikus-politikus sekalian. Sekarang. Kita rakyat jelata tolong putuskan pada pilihan raya hadapan nanti. Bersabarlah.

Cukuplah.

Selepas ini, siapa cari pasal ... PDRM ... siapa cari pasal tu? tolong sikit! ... tolong padamkan contingan arang di muka bumi tercinta ini.

No comments: