SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Friday, February 27, 2009

Is It Yours To Give?

Setiap ketua akan disoal akan keketuaannya. Samada ketua darjah atau ketua keluarga atau ketua samseng atau ketua hakim atau ketua negara.

Bila bertemu dengan Penciptanya esok mereka akan ditanya, "Apa kamu buat dengan amanah kamu sebagai ketua?" Ketika itu tiada siapa yang mampu berkata-kata melainkan yang benar, samada baik atau buruk.

Ada satu amanah yang Tuhan beri. Gunung, bumi, langit dan semua tidak sanggup menerimanya kecuali manusia. Kerana manusia merasa dia mempunyai akal, maka dia terima amanah ini dari Allah. Kerananya manusia nanti akan ditanya, "Bagaimana telah kamu sempurnakan amanah ini?" "Bagaimana telah kamu jaga Kesucian NamaKu?" dan lain sebagainya.

Ketua mana yang memberi kebanaran supaya musuh Allah mengkontaminate, mengadultrate, mencemar Nama Allah melalui penulisan-penulisan mereka? Tidakkah boleh menjawab pendesak ini dengan, umpamanya "Dari aku tiada kebenaran. Kerana Kebenaran ini bukan aku tuannya. Kamu mintalah sendiri dariNya."

Apabila sungguh ketua sebegini telah memberi kebenaran ini, maka ketua ini telah memberi sesuatu yang bukan dia punya untuk diberi ... dan diberi kepada yang nyata telah menolak pemberian ini dari mula lagi.

Dalam lain perkataan dia telah melanun. Jika dia Islam Muslim, dia adalah Islam Muslim yang mempersendakan tuhannya. Orang berakal ini tidak tahu dia telah mempersendakan siapa.

Soal orang Arab buat yang serupa. Orang Indonesia buat yang serupa. Itu soal mereka dengan tuhan mereka. Sekarang ini ialah soal si ketua kita ini, si orang yang ini dengan tuhannya, soal kita dengan ketua kita dengan tuhan kita yang juga tuhannya. Sungguh kita berlepas diri dari ketua ini. Kalau kita ditanya besok kita akan berkata, "Ya Allah Engkau lebih mengetahui. Sungguh aku tidak bersekongkol dengannya (dalam hal ini)."

Walaupun ketua sebigini menyebut subhanaallah sebanyak bulu seekor kambing dalam sehari, hakikat perbuatannya dalam membenarkan Nama Allah untuk dikontaminate, diadultrate, dicemari melalui cetak/sebaran dalam keluaran mingguan / bulanan mereka adalah sama dengan dia sendiri yang mengkontaminate, mengadultrate, mencemar Nama Allah.

Na'uzubillahi min dhalik.

Dengan NamaMu, kami percaya Engkau akan kurniai kami dengan apa yang telah Engku tetapkan untuk kami.

I believe in Him, His angels,
His books, and His messengers.

I listen to His command,
obey Him, proceed towards
whatever pleases Him, and
submit to what He decreed,
longing for His obedience
and fearing His punishment,

for He is Allah against
Whose schemes no one
should feel secure, nor
should anyone be in fear of
injustice from Him.

Amin.

No comments: