SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, February 15, 2009

Kerenah Lebai Malang

Saya sangka di KL sahaja, masaalah setinggan berleluasa. Penduduk setinggan bukan sahaja menduduki tanah kerajaan, tanah wakaf dan tanah persendirian pun jadi mangsa.

Yang lebih dahsyat dari itu pun ada. Di kawasan rumah kerajaan iaitu di quarters pegawai-pegawai kerajaan pun ada penghuni setinggan. Mereka tidak keluar dari rumah kerajaan walaupun sudah tammat tempoh perkhidmatan. Yang bersetinggan begini hingga ka anak cucu juga ada. Setengahnya sudah dapat perintah mahkamah pun tidak mahu keluar.

Yang paling dahsyat ialah bila dato' bekas menteri besar duduk menyetinggankan diri di rumah kerajaan. Kali pertama berlaku sebegini dalam dunia ... di Perak. Begitu miskin (miskin budi) susahnya hidup di negeri Perak, hingga dato' bekas menteri besar pun tak terpodeh hendak beli rumah sendiri.

Dia ini baik orangnya. Sangat baik, tapi salah dia juga. Dia leka dengan toyota camraynya. Dia leka menghayati nikmat jadi kerbau cucuk hidung. Dia asyik dengan tanah bertempoh-999-tahun untuk pemegang tali hidungnya, hingga lupa segala-gala batas. Yang dia ingat hanyalah tuan dia sipemegang tali hidung. Dia lupa DYMM Sultan Perak adalah raja berperlembagaan.

Dahlah ketua-ketua PR berperang sesama sendiri, PR berdepan dengan BN, ni sekarang cari gadoh dengan kebawah duli raja-raja Melayu. Kemudian baru-baru ini mereka panggil pula MB Perak dan exconya masuk mengadap mereka. Wah sikaduk naik junjung betul. Tak ubah macam anjing kurap disapu kepala. Layakkah makhluk serangga perusak sebegini berbakti kepada rakyat?

Lucunya badut-badut PR ini, duduk setinggan ... lalu panggil merapak sembah tuan tanah pula. Kebijaksanaan lebai malang.

Dengar cerita tuan speaker dewan undangan negeri Perak panggil MB ... bunyinya macam si jaga kedai perintah tuan kedai kutip sampah aja? Ada apa-apa kot. Saling tak tumpah ego budak Nuar tu. Hey Nuar, berhentilah gadoh sesama bangsa.

No comments: