SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, February 16, 2009

Alahai Cucu Atuk

Sedang berehat di R&R PLUS satu hari. Cucu saya bertanya kepada neneknya.

Lori apa tu nek?

Lori balak.

Apa dia bawa?

Kayu balak.

Hantar ka mana?

Kilang papan.

Mana hujung dan mana pangkalnya nek?

Kena tanya Nujum Pak Belalang.

Tak payah nek, long tau.

Mana hujung pangkalnya?

Tinggal dalam hutan ... ... nenek pulak bagi long teka-teki.

Suruh tok-ki kau.

Tok-ki ... satu teka-teki.

Apa binatang .. yang kepalanya, ekornya dan kepaknya di kaki.

Kuda terbang.

Bukan.

Ketam ... katak ... siput.

Bukan ... bukan ... bukan.

Abis tu tok-ki ... apa?

Tanya nenek kau.

Apa nek?

Anak ayam kena pijak. ... Long, long belajar sains kan?

Ada nek. Cik gu ajar nyamuk berasal dari jentik-jentik. Kenapa nek.

Esok tanya cikgu tu, apa binatang bertelor dan juga beranak.

Baik nek.

13 comments:

KijangMas said...

Ha ha ha .........

Pakcik Dal, inilah POST OF THE MONTH bagi beta.

NgehNga sampai dok terNgaNga pun tak akan boleh jawab teka teki pintarrrr si Long yang cerdik pandai ni.

Khas buat Long, Uncle nak bagi satu teka teki juga: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Tok-Ki tau?

Tam Dalyell said...

Long .... dah tanya cikgu sains Long?

Dah Nek.

Apa dia kata?

Dia kata, " Binatang yang bertelur dan juga beranak? .... itu bukan soalan sains .... pergi tanya loyar kawan-kawan Tok-Ki kamu."

Tok-Ki ada kawan loyar?

Tak ada. Loyar buruk murtad adalah. Tapi ... si Aris Beraim tu tak boleh pakai langsung. Tanya aje nenek Long.

Binatang apa tu nek?

Siput babi.

Eh?

Siput bertelur. Babi beranak.

Long ... kawan tok-ki bagi long teka-teki.

Apa dia tok-ki.

Apa beza jatoh pokok kelapa dengan jatuh perigi.

Long tau tok. Tapi tukar-tukar teka-teki baru Long bagi jawabnya.

Nak tukar dengan apa?

Tanya kawan tok-ki tu, apa beza pokok betik jantan dengan pokok betik betina.

Tam Dalyell said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pakcik Dal,

I've got one too. Here you go:

A 6 ft tall Magician had a water glass and was holding the glass above his head. He let it drop to the carpet without spilling a single drop of water.

How could he manage to drop the glass from a height of six feet and not spill a drop of water?

Ok Pakcik, what's your answer? You can ask Long too, maybe he knows the answer.

Kembara Politik said...

Kehkehkeh..senak perut gelak :)

Tam Dalyell said...

Ok Uncle KijangMas, Long surrender ni. Tok-Ki pun tak tau.

Untie zazaland, kesianlah Long. Long mengaku kalah.

Uncle, Untie, Long upah satey ketupat bila tunjuk jawapan. Sumpah.

KijangMas said...

Ok lah Long, ingat dulu Uncle tanya:-

Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan nya:-

Kalau jatuh pokok kelapa, kita naik dulu baru jatuh.

Kalau jatuh perigi, kita jatuh dulu baru naik.

Betul tak Tok-Ki?

Sekarang Long kena upah sate ketupat untuk Tok-Ki o.k.? Uncle takda sini. Uncle dok jauh sekarang ni.

Auntie Zaza, mari kita naik pokok kelapa. Tok-Ki nak ikut ...?

Anonymous said...

Kesian Long, ok sekarang Auntie beri jawapannya. Soalan nya kan bunyi nya begini (lebih kurang)...

"Mengapakah air tidak tumpah dari gelas yang jatuh itu?"

Senang aje jawapannya. Macam mana nak tumpah, dalam gelas tu tak ada air lah. Baca betul betul Long.

Jadi sekarang Long mesti belanja Tok-Ki makan saté ok......Auntie pun macam Uncle Kij, dok jauh jauh sekali ....

Eh, Uncle Kij, naik pokok kelapa ke atau panjat pokok kelapa? Ada lif ke untuk naik pokok kelapa? ...lol ...

Anonymous said...

Laaaaa .. 'water glass ... bukan a glass of water'

Auntie pekena Long laa ye ni.

Uncle Kij dan Auntie zaza ni pandai lawaklah. Long ketawa sampai tempias mulut.

Terima kasih bbanyak. Tok Ki kirim salam. Dia tak makan sate. Tak ada gigi. Long tak abis ni.

Anonymous said...

Pakcik Dal,

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower. Sungguh menyeramkan. Bacalah. Ini bukan teka teki.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

Sekian lah Pakcik Dal.....Hati hatilah kalau berada dalam lift ...

Anonymous said...

Kenapa tok-ki. Selalu termenong.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata, nyawa tarohannya.

Bagaimana tok-ki.

Tok-ki baru melukai hati seorang sahabat ... rasanya ini bukan kali pertama.

Pergi serah dirilah tok-ki.

Diri, maruah dan air muka dah hancur. Dah tak ada. Macam mana nak serah? Apa nak serah?

Kalau ada rezeki, persahabatan tumbuh balik tok-ki.

Tinggal itulah Long ... kalau ada berbaki.

Anonymous said...

Kesian Pakcik Dal.

Jangan fikir fikir sangat Pakcik, nanti jatuh sakit. Life is short.

Long, dah banyak makan saté? Mesti sedap punya .... eh, Long mahu belajar bahasa Perancis sama Auntie? Kalau mahu, Long kliklah ikon Auntie kat atas tu, nanti ada alamat Auntie, macam tu Long boleh contact Auntie ok?

Anonymous said...

Pakcik Dal. Apa khabar? Long ada?

Hello? Long. Maaf ye komen Long telah terpadam secara tak sengaja diblog Auntie. I'm still learning to be a blogger lah.

Long boleh datang bila bila saja ok. (sama Tok-ki).

See you.