SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, February 8, 2009

Nasi Bubur Di Warung Perak

Ini cakap orang kampong. Bukan intelek. Bukan pengkaji sejarah. Bukan pengkaji sains politik. Setakat orang biasa. Tidak berdasarkan kajian kertas. Sekedar membaca apa yang berlaku.

Nasi bubur dan tepak sirih perak.
Kenapa pula salahkan sultan?

Isu tanah seribu tahun membuatkan orang melayu terasa diperalat. Orang melayu dianaktiri di tanahair sendiri.

Bila orang dap berkuasa, hal orang melayu diabai. Khususnya bila dap menguasai pas di perak, kepentingan cina dijunjung; kepentingan melayu ... nanti dulu .. bila sempat .. "kita buat cara lain".


Kenapa pula salahkan raja?

Sebelas bulan mereka berkuasaa di perak ... apa pembangunan untuk semua rakyat mereka buat? Bahasa melayu di papan tanda dan dinding bangunan diprojekkan supaya dibuang. Itu ada lah. Lain? Ada .. mereka berceramah sana sini siang malam. Tak ubah macam anak kecil baru dapat barang mainan idaman. Lupa kerja untuk tuan, sibuk main pondok pondok. Lupa akan tuan mereka si pengundi yang dah disuap janji.

Kenapa juga salahkan istana?

Rakyat sudah kamu suapi janji. Pru-12 ... mereka pilih kamu atas janji. Selepas terpilih kamu berkerisis sesama sendiri .. berebut barangan mainan. Yang tak puas hati merajuklah kerumah jiran. Kamu angkuh tak mahu pujuk. Sebaliknya kamu salahkan jiran, salahkan istana. Kamu? Tak salah? Ya .. kamu tak pernah salah. Sebelas bulan ... cukuplah .. apa salah.

Wahai!
Wahai kamu anak-anak kepada budak-budak pas. Bapa kamu diperkuda orang. Ia berlaku di depan mata kamu sendiri.

Wahai!
Wahai anak-anak. Cukuplah bapa kamu menjadi budak. Budak di perak dan budak di pulau pinang.

Wahai!
Wahai anak-anak budak. Cukuplah bapa-bapa kamu diperbudak-budak di selangor. Kandang babi di belakang dapur kamu.

Wahai!
Wahai anak-anak. Sebelum berjalan, carilah teman yang menemani. Jauhilah teman yang menunggangi ..yang menjadikan tercungap tergagap-gagap.

Wahai!
Kalau tiada .. berjalanlah sendiri. Coraklah tingkahmu sendiri. Kemudian oraklah langkahmu satu persatu. Tinggalkanlah teman bapamu kini. Jangan sampai anak-anak mu ditunggang orang seperti atukmu.

2 comments:

Kembara Politik said...

Salam Tuan Dal,

Banyak pula serunya pada posting kali ni ye? Hehehehe

Tam Dalyell said...

Tuan Kembara Politik

Abis? Nak seru dari mimbar masjid diorang dah monopoli.

Nak buka kitab di kaki lima masjid tak ada tauliah.

Jadilah bercakap dengan dinding rumah ni ... untung-untung Tuan KP datang ketawakan saya.

Dah kena ketawa pun

Salam
Dal