SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Friday, December 5, 2008

SEKOLAH SATU ALIRAN

Oleh Dal

Hanya ini jalan untuk Negara tercinta. Jauh tapi selamat. Jalan lain singkat penuh perangkap.

Setengah abad jalan singkat. Usahkan sampai malahan tempang dengkat. Usahkan terpimpin malahan sesat.

Beranikan diri untuk zuriat. Esok lusa kita kembali. Tinggalkan zuriat tidak melarat.

Mukhriz cadangkan sekolah satu aliran. Penghantar Bahasa Melayu. Mathematik dan Science Berbahasa Inggeris. Bahasa ibunda diwajibkan. Boleh pilih bahasa ketiga.

Inilah yang paling hampir menyerupai cadangan Jawatankuasa Barnes (1950). Kaisu Cina India tolak ke-1.

Cadangan Penyata Razak (1956). Terkurang dari cadangan Barnes. Kaisu Cina India tolak ke-2.

Cadangan Laporan Rahman Talib (1960). Lebih lemah dari cadangan Penyata Razak. Kaisu Cina India tolak ke-3.

Dato Mukhriz bawa cadangan. Belum lagi ‘Laporan atau Penyata Mukhriz (2008)’. Kaisu Cina India tolak ke-4. Kaisu perusak bernama Lim Kit Siang dan kumpulan lanunnya.

Kabarnya Pak Lah tak suka Dato Mukhriz 'buat kacau'. Tolak lagi.

Khabarnya Najib dan Hishamuddin pun tak senang. Tolak lagi.

Pak Lah janji jadi PM untuk semua. Rupanya PM untuk bukan Melayu sahaja. Serupalah tolak Melayu.

Pemimpin dipilih mengkhianati pemilih. Melayu mengundi Tan Lian Hoe. Melayu pendatang katanya. Ditolak lagi.

Kawan sebilik memusuhi dalam diam. Menikam waktu lena. Soi Lek punya tuan. Ibu segala tolak.

Jiran tetangga umpama labah-labah. Merentang jaring di peranginan. Menunggu mangsa lupa. Melayu mudah lupa?

PAS menyendiri mencari tuhannya. Konon utama keluar berdakwah. Nak ajak kafir masuk rumah. Anak bangsa diabai tinggal. 'Erdogan" masuk mencelah.

UMNO berdiri saksama konon. Sikudong untut manakan teguh. Apatah lagi tegak adil. Ubah perjuangan nampak.

Peruntukanmu dilanun kawan sebilik. Biarkan. Biarkan.

Pakaian kedaulatan bangsa dimomokkan orang. Konon mu bukan tuannya. Tinggallah mu telanjang bulat. Biarkan. Biarkan.

Kasihan Melayu. Anak tiri di rumah ayah ibu kandung. Bayi buangan tanpa ibu susuan ayah pelindung.



Wahai Melayu sebatang kara. Tiada harapankah untuk mu? Kau dah tersepit di penjuru. Tinggal satu kalau nak buat.

Pilih pembela seperti Mukhriz atau sesiapa,
Yang sara rumah malah jiran tangga,
Yang tak saksama tapi adil.

Atau jangan pilih sesiapa.
Serahkan mu pada mu.
Lalu ubah apa yang ada dalam diri mu.
Apa yang ada dalam diri mu.

Ini jalan paling jauh.
Ini jalan paling selamat.

2 comments:

satD said...

when r u coming back with ur cangkul bro.....

Have a wonderful raya...

Ridzzy said...

Salam Tam

I posted a comment at Demi Negara which carried a similar topic. Hope to share it here too, as below. Appreciate your feedback.

This is good and I hope other non malays like myself would take this matter seriously, especially the politicians if they are really concerned with forging a Bangsa Malaysia. We cannot after 51 years allow segregation at national level to continue within an institution as important as education. The very foundation of the future.
I come from one of the higher ranked national schools within the district and state. A proud product of SRK & SM Taman Melawati, we led the way in academics and sports (Cochrane ..who? ;-) ) in my time and I’m sure they are still doing pretty well now. To me this school should be the model for other national schools. We have produced professionals and corporate movers & shakers of different races, and the networking based on friendship of all races has carried on right until our working life even 20 years after leaving school.

However, as proud as I am a product of our national school, I do see some things that need to be looked into even if vernacular schools are to be abolished. One thing for sure, in my opinion is the separation during secondary education. This to me is a speed bump to the aspiration. Classmates who grew up with you from primary 1 and with academic performance on par with yours being hand picked and are separated to move on to Asrama Penuh, MRSM etc after their standard six exams and some after the form 3 exams. Of course there is also the issue of undergraduate higher education and its pre requisites.

I think you have said it before somewhere; that you agree, this academic estrangement is an issue that needs to be tackled carefully as it involves a bigger picture within the NEP. Maybe you can throw some ideas later on how we can solve this issue.
It won’t be easy, just like the task to abolish vernacular schools but I feel is equally important in our sincere efforts to forge a Bangsa Malaysia.