SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, January 16, 2010

Allah, Penyu Dan Melayu 'Confident'

Ini saya salin dari sebuah komen pada gerbang masuk sebuah akuarium bernama DINTURTLE yang baru dibuka di alamat http://dinturtle.blogspot.com/2010/01/isu-allah-borak2-2.html.

Saudara Din membayangkan kemarahannya kerana (borak-borak dalam bahasa penyu) ada orang Islam yang 'kebal', orang Melayu 'confident' yang hatinya "tidak ambil pot" walaupun Allah tuhannya dipermain-mainkan musuh dalam selimut.
-----------------------

"... Macamana nak marah bila dia tak merasa ada sesuatu kepunyaannya yang berharga dipermainkan orang.

Masa saya budak-budak menang main gasing dulu, yang kalah meletak sebiji telur di tanah sambil berkata, "Dal ini kepala bapak engkau .. aku pijak" lalu dipijaknya telur itu.

Saya tak fikir panjang. Saya bagi dia satu pelempang jepun. Jadi hingar satu kampong.

Dihadapkan kepada penghulu.

Dal kenapa kau lempang dia sampai bengkak?

Ada ke kepala bapak saya boleh dipijak macam telur.

Aku bukan pijak kepala bapak kau. Aku pijak telur aku.

Tok. Kalau dia nak bertumbuk cakap nak betumbuk. Kepala bapak jangan buat main.

Dal, dia pijak telur. Minta maaf dengan dia.

Tok, sebelum saya minta maaf, saya nak berkata sesuatu.

Silakan.

Saya letak gasing saya atas tanah. Saya kata, "Tok, ini kepala bapak tok. Saya sepak ke longkang.."

Belum sempat saya sepak, tok penghulu terkam saya.

Saya buka langkah seribu. Sapa nak layan.

Ini baru telur dan gasing sebagai lambang kepala bapa.

Apa lagi Allah Dhul Jalali wal Ikram..."
-----------------

Lalu saudara Dinturtle mengulas komen di atas yang bermaksud orang Islam begini menilai persahabatannya dengan musuh dalam selimut lebih bermakna dan bernilai dari persahabatannya dengan Allah Dhul Jalali wal Ikrom.

Benar sdr Din. Mereka salah letak kasih yang makhluk berbanding kasih yang Qadim. Kasih Qadim Al-Rahman Al Rahim diletak di luar; manakala kasih makhluk ditempatkan di dalam (qalbu). Laailaha-ill-Allah mereka kosong dari nafi dan kosong dari ithbat. Hati mereka, mereka dipenuhkan dengan kasih segala macam kasih hingga tiada ruang untuk kasih bagi Allah tuhannya walau serambut pun.

Lalu apabila Allah tuhannya dihina sedemikian rupa, hati mereka bertambah keras kebal, hati mereka jadi 'confident' itu jalan syurga, tidak mengalirkan air mata setitikpun. Malah mereka 'confident' membela sipenghina laknatullah dan menyerang mereka yang terbakar hati adalah jalan yang benar.