Imam Shafi'i r.a. mendebatkan sesuatu hukum kepada lawannya. Masing-masing keras tidak mengalah. Suara meninggi. Airmuka berubah. Hati luka. Marah. Tiada berkeputusan.
Bersurai.
Sambil memegang tangan lawannya, Imam Syafi'i berkata, "Bagaimanapun kita berselisih pendapat, kita tetap bersaudara."
-----------------
Para ulama' Hadith berhimpun. Seorang wakil membentangkan sebuah Hadith.
Seorang lagi menolak. Ini bukan Hadith. Di mana saudara dapat Hadith ini. Saudara berbohong atas nama Rasulullah s.a.w.
Ini Hadith sahih.
Tidak. Tidak pernah dengar. Tidak dalam hafalan pun.
Pengerusu: Ya Syaykh. Tuan hafal semua Hadith?
Tidak.
Hafal separoh daripadanya?
Lebih kurang.
Munkin juga Hadith tadi dari separuh yang tuan belum hafal.
----------------
MP dan MU sedarah sedaging berkawan rapat. Tidak pernah renggang.
MU memutuskan hendak pergi jihad di perbatasan. MP memilih berjihad ibadah di masjid-masjid.
Satu hari hati MP jadi cair. Air mata membasahi pipi. Teringat rindu saudaranya MU yang diperbatasan. MP mengutus surat kepada MU.
Selepas memahami warkah MP, Mu pun mengutus jawapan:
Wahai saudaraku yang mengatur persembahan di antara dua tiang. Sekiranya saudara nampak apa yang saya buat, saudara seakan-akan pura-pura dalam persembahan.
Saudara basahkan pipi dengan air mata. Saya basahkan dada dengan darah.
Bau wangian persolekan saudara. Saya berbedak jelaga bedilan.
Sekiranya gugur di medan kita, kita dikira syahid. Kerana api di dada serupa sahaja.
Kedua-duanya medan jihad. Disebut demikian oleh Al-Kitab.
Yang satu berjaga malam di persujudan. Yang satu bercekang mata di perbatasan.
Apa yang saudara alami tidak lebih baik dari apa yang saya lalui. Kita berdua bekerja pada sesuatu yang baik. Inilah cara yang diwariskan kepada kita.
-------------------
Kaum musyrikin mengerah bala tenteranya menyerang Madinah.
Kaum muslimin bertindak menggali khandak (parit besar) menyekat kemaraan musuh. Tentera musyrik berkhemah di luar khandak. Kaum muslimin terkepong. Putus bekalan makanan minuman.
Banu Quraydhah kaum Yahudi Madinah, musuh dalam selimut bertindak di sebelah tentera musyrik dengan mensabotaj kekuatan kaum Muslimin ketika kaum Muslimin tertekan bertahan di khandak barisan hadapan.
Keadaan seperti telur di hujung tanduk yang dilalui kaum Muslimin berterusan beberapa lama sehinggalah Allah Menghantar angin sejuk dan tenteraNya menghancurkan musuh.
Keesokannya Rasulullah s.a.w. berangkat balik ka Madinah. Kaum Muslimin meletakkan senjata.
Pada waktu masuk zuhur, Jibril a.s. menegur Rasulullah s.a.w. dari luar rumah menjadikan baginda bagun ketakutan.
Sudahkah tuan meletakkan senjata ya Rasulullah s.a.w.?
Iya.
Para malaikat belum meletakkan senjata. Saya baru sampai dari mengejar mereka sampai ka Hamra al-Asad. Allah memerintahkan tuan menuju Banu Quraydhah. Saya akan ka sana untuk menggegarkan bumi tempat mereka berpijak.
Rasulullah s.a.w. mengeluarkan perintah: Dengarkan dan patuhi. Tidak kita solat 'Asr melainkan di Banu Quraydhah.
Jemaah Islam mengangkat senjata dan berangkat ka Banu Quraydhah. Dalam perjalan masuklah waktu 'Asr.
Kita dikehendaki solat 'Asr hanya di (perkampungan) Banu Quraydhah.
Tidak. Kita solat 'Asr sekarang. Arahan Rasulullah itu bermaksud bersegera ka sana.
Sebahagian berhenti solat 'Asr, dan sebahagian meneruskan perjalanan.
Apabila perbezaan pendapat ini diajukan kepada Rasulullah s.a.w.; baginda diam.
Rasulullah s.a.w. mengepung Banu Quraydhah hingga Allah memBerikan kemenangan.
------------------
Objektif pokok: bukan bersetuju tapi tidak berkonflik.