Pengamal Islam, pihak yang dikena, sudah melangkah mahukan kedamaian. Beberapa Ngo Islam berjaga dan membuat rondaan di sekitar gereja-gereja walaupun orang-orang Islam sedang memendam bara dengan sabar akibat pencerobohan Pakiam.
Pengikut Kristian juga sudah menunjukkan mahu kedamaian. Beberapa suara dari pihak mereka membuat gesaan menarik tuntutan gila itu.
Malangnya pihak Catholik Pakiam menunjukkan reaksi samsing hindraf. Kata mereka suara itu tidak mewakili Kristian. Mereka tetap militent. Menuntut yang bukan haknya.
Kalau begitu Pakiam ini saling tak tumpah serupa Chin Peng. Bezanya hanya pada pakaian dan senjata. Namun mereka menimbulkan kerusakan besar yang pasti berakhir dengan kebinasaan tanpa pulih. Chin Peng merusak dari luaran. Pakiam merusak dari dalaman. Chin Peng ahli setan. Pakiam yang mengaku ahli tuhan pun dari kelab yang sama. Namun kedua-keduanya dirasuk setan.
Pakiam juga minal jinnati wannaas. Daripada jenis jin yang manusia. Yang missinya yuwas wisu fi sudur in nas. Menghembus-hembuskan was-was kedalam dada manusia.
Melayu Islam liberal tidak nampak semua ini kerana dada mereka penuh bulu. Melayu Islam liberal menyuarakan lagu senada dengan Pakiam-Chin-Peng-rasukan dan makhluk jadian ini. Mereka melihat dan menilai dengan penglihatan dan nilaian iblis. Bila ditunjukkan kepada mereka Allah sudah berfirman melarang melakukan syirik. Mereka menjawab ustad mereka tidak kata demikian pun, mereka kata boleh. Boleh apa?
Iya. Akal panduan memilih. Bebas memilih atau menolak kalamullah. Kerana akal mereka terhenti di situ. Tak tajam menyorot kewujudannya kepada waktu sebelum-masa atau sesudah-masa.
UstaD mereka membolehkan syirik. UstaZ dari kalangan mereka bukan sedikit yang melarang syirik ... mengatakan menduakan Allah itu syirik .... jika mempersetujui ikhtiar untuk menduakan Allah itu syirik .... jika menolong ikhtiar yang untuk menduakan Allah itu syirik. Mereka tidak sedar perbezaan ustaD dengan ustaZ kerana dada mereka pun sudah berbulu.
Adalah menjadi kepelikan maha dahsyat bila seseorang Islam, bila diajukan bahawa Qur-an sudah menetapkan begini, lalu ia menjawab, orang dulu-dulu tak ada pun berkata begini. Pendirian sekular liberal mereka menganggap Qur-an Allah itu satu thesis yang mesti dihantar kepada makhluk dahulu baru boleh diterima. Mereka sudah jatuh sebelum meleset.
Sebelum orang-orang Islam begini Allah jadikan pun, Allah sudah cabar mereka, bahkan cabaran ini dilontar untuk seluruh makhluk yang terlalu pandai mempersoal, "Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (2:23)