SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, January 19, 2010

Mencari Jawapan Yang Tiada Di Tempatnya

Kita terbiasa mengikut kebiasaan. Biasa mengakui mempunyai harta. Itu aku punya. Ini aku punya. Aku punya. Kita punya.

Tiba-tiba Pakiam Kristian Katolik sergah kita dengan berkata, "Allah bukan hanya orang Islam punya. Allah juga Yahudi dan Nasrani punya. Allah semua orang punya. Kita sudah masuk perangkap mereka. Kita sudah berpekerti seperti mereka. Kita sudah membuat tuntutan seperti mereka juga. Kita pun melatah. Melenting dengan spanduk dan hujah. Tidak. Allah aku punya.

Silap. Allah ialah nama bagi Zat Yang Maha Esa yang tiada sebanding denganNya sesuatu pun. Nama itu diAnugerahkan sebagai Rahmat oleh Zat laisa kamithlihi syaiun kepada sesiapapun hambaNya yang sanggup (1)beriman dan mengEsakanNya dan (2)beriman dan mererima Muhammad s.a.w. sebagai khatimun ambiyaNya; selepas mana, Redholah Allah kepada hamba tersebut bermanja denganNya dengan memanggilNya Allah. Selain ini Allah tiada sebut sebarang bentuk penerimaan pun.

Yang enggan memenuhi syarat, suka hatilah; hendak tak tahu malu, tak takut atau hendak berkasar terhadap Allah. Sejarah membuktikan berulang-ulang kali, kaum yang berkasar terhadap Allah ini, sering diHukum masih dalam hayat dunia ini lagi.

Yang sebenarnya ... bal lahu ma fis samawti wal ardh (2:116) ... kepunyaan Allah sekelian isi langit dan bumi. Kita ini kepunyaanNya. Semua isi langit dan bumi kepunyaanNya; termasuk Pakiam. Dia Allah bukan barang untuk dipunya-punya oleh selain Allah.

Sekiranya hujjah kita, dalam sekedar melayan tingkah suara dan "fakta ilmiah" mereka, tidak lari dari pegangan yang ini dan pegangan lain sepertinya yang digariskan dalam Qur-an, pasti noor Al Qur-an itu memberi kekuatan kepada hujjah kita dan melemahkan bahkan memadamkan keghairahan mereka. Demikianlah janji Allah dengan firmanNya .... Waqul jaa alhaqqu wazahaqal batilu innal batila kana zahooqan (17:81) ... bermaksud "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." Hendak percaya atau tidak, akal memimpin.

Semua tahu sesetengah kita mempunyai hujjah tersendiri, yang intelektual, yang rasional yang boleh mematahkan hujjah mereka. Juga sesetengah kita sanggup melakukan syirik dengan berhujjah bagi pihak mereka.

Tetapi ini bukan masaalah akal sahaja. Ini juga merangkumi masaalah noor iman dalam hati. Masaalah hidayah. Masaalah dua Ayat Qur-an yang paling keras suruh dan tegahNya iaitu (99:7) Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat [balasan] nya. dan (99:8) Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat [balasan]nya pula. Dan masaalah dosa syirik yang tidak terampunkan.

Hati manusia umpama di antara dua jari Allah kata hadith. Maksudnya kuasa yang sebenarnya berupaya menbolak-balikkan hati manusia seperti Pakiam umpamanya terletak pada Allah. Hujjah berfungsi hanya sebagai asbab, ikhtiar. Yang menyembuhkan penyakit hanya Allah.

Sungguh benar dikatakan setengah rakyat kita ramai yang cerdik pandai. Namun penyelesaian masaalah ini bukan terletak dimahkamah dunia. Mahkamah yang ada tidak tersedia dengan fakulti pengukur keimanan. Mahkamah tersebut tidak mempunyai hati wadah hidayah atau wahyu keagamaan.

Jauh sekali ia masaalah politik.