"PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi."
Itu dahulu. 2000 dan 6000 tahun dahulu. Masihkah Samawi agama Kristian dan Yahudi hari ini?
Kitabnya yang sekarang sahaja boleh dijadikan ukuran. Kitab mereka masih asal? Masih utuh? Tidak dikurang atau ditambah? Tidak diubah?
Hal berkenaan amalan samawi tidak payah kita sentuh dahulu.
Al-Baqara (2:79)
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
1) ".... orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka ...." iaitu mereka (Kristian dan Yahudi) telah memasukkan karangan mereka sendiri ke dalam Kitab Allah. Apa yang mereka tidak suka mereka buang. Apa yang nafsu mereka suka mereka tambahkan ke dalam Kitab Allah. .... kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah".
2) ".... supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit ...." umpamanya menghalalkan yang haram seperti arak, judi, riba. Mereka sudah mengubah hukum dan peraturan Allah untuk membolehkan meraih keuntungan dunia.
Dikatakan, kitab mereka ini di samping terdiri daripada beberapa naskhah yang bersalah-salahan antara satu dengan yang lainnya, ia juga terdiri dari dua perkataan tulisan/isian manusia bagi setiap tiga perkataan. Gary Miller (Abd Ahad Omar) berkata jika dikumpulkan perkataan yang benar-benar dari Allah s.a.w. di dalam Bible, ia setakat sebanyak satu column isian surat khabar. Yang selebihnya karangan manusia yang berkepentingan.
Maka itu bukan Kitabullah lagi. Pengamalnya bukan samawi lagi. Pengikut sebegini bukan pengikut Nabi Musa dan Isa a.s. lagi. Kalau ada pengakuan mereka masih samawi pun, itu satu pendustaan.
Kalaupun masih samawi, syari'at agama nabi Musa dan Isa a.s. sudah di ganti dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Kalau ada sesiapa tidak setuju dengan keputusan Allah s.w.t. demikian, silalah menghadap Allah dengan pasukan lawyer masing-masing.
Kenyataan PAS di atas semata-mata kenyataan politikA.
3) "..... Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu ......" Tegasnya sama-sama CELAKAlah sesiapa yang menaruh sedikit simpati pun, sedikit cenderung pun, sedikit dalih pun untuk mereka.
Ingat! Kaum inilah yang telah membunuh nabi-nabi mereka kerana nabi-nabi tersebut telah membawa seruan tauhid kepada mereka.
Hari ini dengan menghijack kalimah "Allah" melalui hujjah-hujjah yang mendidihkan darah orang yang beriman, mereka hanya bermaksud untuk memadam tauhid yang bersemadi di dalam dada orang yang lemah. Tiap si lemah wajib dipertahankan.
CELAKA BESARlah mereka yang hendak mengubah, dan yang hendak mensetujui dan menolong usaha mereka mengalih kedudukan "Allah" dari ......
........ Aku tidak mampu di kandung oleh seluruh langit dan bumi, tapi Aku mampu dikandung oleh dada manusia. ........ mafhum hadith shaikhani.
Mudah-mudahan isi dada sekalian orang mukmin diKekalkan dalam Peliharaan Allah.