Dalam hal Melayu berpecah dan PAS membela tuntutan Kristian Katholik terhadap kalimah Allah, ada pertanyaan: Apa patut Muslim buat?
Jawab: Bersatu dibawah satu bendera dahulu kerana itu terkandung di dlam perintahNya, (3:103) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ...."
Ada pula soalan lagi, "Lepas itu buat apa?"
Jawab: Satu satu dahulu. Bagaimana masuk ka ranting sebelum pokok dicapai .... sebelum langkah awal diambil? Ia akan hanya menggalakkan perpecahan dan perselisihan.
Betul hadith ada menyebut bahawa perbezaan pendapat dalam ummah itu satu rahmat.
Tetapi jangan lupa terdapat jurang perbezaan seluas langit dan bumi antara perbezaan pendapat dengan permusuhan. Tiada masaalah perbezaan pendapat yang membuka kepada kemajuan. Kita jangan lupa juga bahawa Allah tidak memBenarkan perbezaan pendapat pada bab dasar dan pokok Islam. Perbezaan pendapat hanya jadi rahmat jika berkisar pada ranting-ranting halus.
Dalam masaalah Khalid Samad atau Marina atau sesetengan "pejuang PAS" yang memihak kepada tuntutan Pakiam Kristian Katholik; ini adalah bab akar tunjang pokok keimanan Islam. Mereka "cerdik pandai kaum konfiden" ini mengelirukan rakyat. Padahal Allah sudah memberi ingatan kepada semua Muslim jenis Khalid-Samad-Marina-UstaD-ustaD-PAS ini mengenai jenis Pakiam-Kristian-Katholik, (3:119) "Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata: "Kami beriman"; dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah [kepada mereka]: "Matilah kamu karena kemarahanmu itu". Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati."
Permusuhan (sesama Islam) sebegini sebenarnya bala besar kerana sebenarnya ia berasas dan berasal dari ego: pemangkin semua perbalahan. Setiap kumpulan bertaksub kepada pendapat terjemahan sendiri sambil bermati-matian mahukan semua yang lain mengguna pakai pendapatnya; hingga mendabik dada menggembar-gemborkan hanya dia yang betul dan semua orang lain salah. Pada setiap perhimpunannya yang ditekankannya hanya "aku ... aku ... aku ... aku punya ... aku punya .... aku punya ....". Hakikatnya ini adalah EGO semata-mata.
Para mujtahideen dan orang benar hanya berbeza pendapat bila pada furuk-furuk kecil dan ranting. Mereka sependapat pada bab asas-dasar dan pokok-tunjang Islam. Mereka mencipta method-method tertentu untuk menindas EGO.
Mithalnya jika orang besar atau 'melayu konfiden' memohon bimbingan tunjuk ajar, para mujtahideen memulakan bimbingan dengan menyuruh mereka mengemis dan hasilnya itu diserahkan kepada dapur jemaah. Dengan cara ini EGO dicairkan lalu terganti dengan rahmat kerohanian ketuhanan. Pada hari ini apa yang digembar-gemborkan oleh para-orang-besar golongan-elite-konfiden ini tidak lain melainkan arrogance-kesombong-bongkakan dan conceit-hidung-tinggi-leher-kayu.
Kalaulah ada dua orang sebegini yang ingin 'berkhidmat untuk negara' hendak memilih melalui PAS atau UMNO, dan hajat mereka 'terdengar oleh para mujtahideen' tersebut, mujtahideen tersebut akan berkata dalam hati, "Jadilah Muslim sejati dahulu sebelum melangkah untuk 'khidmat atau mengajar' orang" Nasihat sebegini setakat di dalam hati sahaja kerana ia (nasihat itu) tidak selari dengan atau tidak dalam selera mereka-mereka seperti itu yang beraspirasi 'hendak menjadi pejuang bangsa atau agama'. Ini kerana kebanyakan Muslim pejuang bangsa atau agama atau kemerdekaan kita hiri ini menjadi Muslim melalui pewarisan; melalui the accident of birth, bukan melalui perjuangan.
Jadi bila PAS kata hendak memperjuangkan Islam, hanya yang tertipu percaya. Kalau kata hendak mendakwahkan Islam, bagaimana hendak diyakini kerana hakikatnya hari ini DAP mengajkarkan amalan fiqah manakala Kristian Katholik mengajarkan tauhid kepada ustaD-ustaD mereka. UstaZ Harun Din dan segelintir yang lain terkecuali.
EGO Abu Jahl yang juga Abu Lahab. EGO ibu dan ragi segala dosa.
Dalan perang Badr, ketika kepala Abu Jahl hendak diceraikan dari bahunya, dia merayu, "Potonglah kepalaku sekira-kira leherku melekat di kepada. Nanti bila kepala-kepala dikira, orang akan lihat kepalaku lebih istimewa dari kepala-kepala yang lain."
Abu Lahab menghafal jawaban berikut: "Aku tak masaalah menerima Islam; tapi yang aku tak puas hati ialah bagaimana Allah boleh tersilap pilih anak saudara aku jadi Rasul, padahal aku lebih layak."
Sebelum Abu Lahab, Iblis berhujjah begitu. Hari ini Khalid Samad dan Pakiam berhujjah seperti Abu Lahab kerana mereka tidak puas hati Allah telah lucutkan hak mereka. Mereka rasa mereka masih layak memanggil Allah Allah.
Padahal kita pun tahu apa niat mereka sebenarnya.