SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, January 28, 2010

Jangan Hangus Dibakar

Cikgu Budin dapati murid-muridnya mulai cuai dan sambil lewa.

Satu hari dia membuat kejutan. "Ketepikan semua buku. Sediakan kertas dan pen."
Untuk apa cikgu.
Ujian.
Seorang murid, Sumo Piar, berbadan tegap, tidak berapa cerdik, masyhor kaki buli, menjerkah, "Saya tak mahu ujian. Dengan mengulangkaji pun saya tak dapat jawab; inikan pula tergempar begini."
Cikgu Budin berang kerana dibentak. "Jangan buat sesuka hati di sini. Kalau tak suka, keluar sekarang."
Sumo Piar bangun. "Cikgu juga keluar sekarang."
"Kurang ajar!" Cikgu Budin menerpa ka arah Sumo Piar. ...... Berlakulah sesuatu yang berlaku. Cikgu Budin jatuh tertiarap.

Cikgu Budin dibakar hangus, direndam basah. Anjig garang, babi galak. Akibatnya mereka menjadi buah mulut masyarakat setempat.

Cikgu Safar pun mengalami masaalah yang sama dengan murid-murid ini. Diapun bermaksud hendak berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan.

Safar: Murid-murid sekelian. Hari ini diadakan ujian. Kita mula dengan ujian Bahasa.
Murid yang sama, Sumo Piar: Cikgu tak boleh bagi ujian sesuka hati begini.

Cikgu Safar bersifat gunung. Dia terasa geli ada babi tunggal hendak memanjat kepala. Si kasar elok disambut dengan lembut tapi liat.

Safar, tersenyum: Sumo Piar hendak ujian ini bukan?
Sumo Piar, masam: Tidak.
Safar, senyum lebar: OK. Sesiapa tidak hendak ujian ini, bolehlah nanti berurusan dengan JK Disiplin. Yang lain jawab soalan-soalan ini. Kertas soalan diedarkan.
Sumo Piar, mengoyak kertas soalan: Saya dah kata saya tak mahu ujian.
Safar, senyum lebar hingga ternampak giginya: Ada saya paksa Sumo Piar? Kamu sudah dewasa. Kamu bertanggungjawab atas diri kamu.

Tiba-tiba Sumo Piar tersedar Cikgu Safar tak mempan diprovok. Safar tak hangus dibakar, tak basah direndam. Mahu tak mahu, dia tiada pilihan. Akur ujian. Terpaksa akur juga dihadapkan JK Disiplin.

Satu Negara Malaysia yakin, kaum Muslimin mewarisi sifat Cikgu Safar, mampu bertahan walaupun diprovok dengan 1000 biji kepala babi. Kaum Muslimin juga sedar JK Displin negara mampu menangani masaalah ini sebelum terlambat, walaupun kehakimannya lembab sedikit. Hanya Allah tiada had. Lain dari Allah ada had. Itu tauhid si Muslim.

Jika dua-dua pihak berkasar, suami isteri pun boleh hancur.

Seorang suami berperang besar dengan isterinya. Dia menghadap Saidina Umar r.a. meminta nasihat. Ketika berdiri di pintu, sebelum sempat memberi salam, dia terdengar isteri Saidina Umar r.a. menengking-nengking suaminya. Saidina Umar berdiam tidak menjawab.

Terkejut. Orang itu berpaling pergi.

Saidina Umar berkejar ka pintu, "Ada apa hajat tuan?"
"Ya Amirul Mu'minin, saya hendak mengadukan hal isteri saya. Tetapi kita senasib rupanya"
"Dia isteri saya. Teman bilik tidur. Dia memasak untuk saya. Dia membasuh pakaian saya. Dia ibu anak-anak saya. Tidakkah sepatutnya saya bersabar dengan dia?"
--------------------
Benarkah semua masaalah ada penyelesaiannya?