SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, January 27, 2010

Bumi Yang Sejuk: Bumi Yang Panas.

Puas kita membaca berkenaan Aduka Taruna dan hati kita menjadi keras kerananya. Mari kita pula berlembut-lembut dan berjinak-jinak hati dengan mengenang sekelumit kisah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Satu hari Rasulullah s.a.w. berangkat menuju Makkah dengan diiringi seribu empat ratus orang Sahabat rdh.a. Tetapi disekat oleh kafir Quraysh. Rasulullah s.a.w. berunding dengan kafir Quraysh lama sekali lalu berakhir dengan Perjanjian al-Hudaybiyyah.

Suhayl bin 'Amr yang mewakili pihak kafir Quraysh menuntut beberapa syarat yang dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w. Setengah daripada syarat tersebut seperti:-
*** Pihak Muslimin dikehendaki pulang ka Madinah tanpa mengerjakan umrah.
*** Pihak Muslimin Madinah tidak dibenarkan menerima sesiapa pun dari Makkah yang mahu masuk Islam dan berhijrah ka sana.
*** Sesiapa pun yang mahu meninggalkan Islam dan mahu pulang ka Makkah akan diterima.

Banyak syarat-syarat lain yang ketaranya menunjuk kepada penghinaan dan kekalahan Islam.

Sebenarnya, kaum Quraysh gerun terhadap bilangan Muslimin sebegitu ramai. Mereka sedar, jika kaum Muslimin hendak, dengana mudah Makkah dapat ditawan. Kerana itu kafir Quraysh terpaksa berdiplomasi. Mereka tidak berani mengharap untuk dapat suku pun daripada tuntutan-tuntutan mereka.

Kebanyakan pasa Sahabat rdh.a. amat gusar dengan syarat-syarat yang dikenakan. Namun bagaimana mereka tergamak hendak protes. Hamba Allah yang bersetuju dengan syarat-syarat tersebut bukannya seseorang yang bercakap dari nafsu.

Saidina 'Umar r.a. lah yang paling tertekan. Menoleh kiri. Menoleh kanan. Harap-harap dapat berbuat sesuatu. 'Umar r.a. menghampiri Saidina Abu Bakr Siddiq. Dia tidak memulakan bicara dengan protes-protes. Dia membuka bicara melalui perkara yang mereka sedia persetujui. Dia membuka bicara dengan ayat-ayat soalan yang jawabnya hanya "Benar." ... "Iya." ... "Sungguh."

'Umar: Hai Abu Bakr, bukankah dia Rasulullah?
Abu Bakr: Benar.
Tidakkah kita Muslim?
Iya. Kita Muslim.
Tidakkah mereka kafir?
Sungguh. Mereka kafir.
Tidakkah kita berdiri atas kebenaran.
Benar.
Tidakkah mereka berdiri atas kebatilan?
Iya. Mereka batil.
Mengapa pula kita menyerahkan kepada mereka hal agama kita?
Wahai 'Umar. Tidakka dia Rasulullah s.a.w.?
Benar.
Kalau begitu ta'ati dia. Kerana aku naik saksi Muhammad Pesuruh dan Rasulullah.
Aku pun naik saksi Muhammad adalah Pesuruh dan Rasulullah; kata 'Umar. Dia berlalu dari situ. Dia bergelut menahan perasaan dan diri, tapi kalah. Dia mendekati Rasulullah s.a.w.

'Umar: Ya Rasulullah s.a.w. Tidakkah Tuan Pesuruh Allah?
Muhammad s.a.w.: Iya saya.
'U: Tidakkah kita Muslim?
M.s.a.w.: Benar kita Muslim.
'U: Tidakkah mereka kafir?
M.s.a.w.: Sungguh.
'U: Lalu bagaimana kita terkompromi dalam perkara agama?
M.s.a.w.: Saya hamba dan pesuruh Allah. Saya tidak akan engkar suruhanh Dia. Dia Allah tidak akan Mengelirukan saya.

'Umar rdh.a. diam. Perjanjian ditandatangani. Beberapa hari berlalu. Kafir Quraysh melanggar perjanjian. Rasulullah masuk Makkah. Baitullah dibersihkan dari patung dan tugu. Rasulullah s.a.w. mengerjakan umrah.

Saidina 'Umar al-Khattab selepas itu biasa menyesali perbuatannya mempersoalkan Rasulullah s.a.w. dengan berkata, "Saya tidak pernah jemu dari berpuasa, bersedekah, berdoa dan memerdahekakan hamba sahaya kerana apa yang saya lakukan itu hari; kerana takut akan akibat dari perkataan dan perbuatan saya, sehinggalah saya dapat kembali berharap-harapan."

Alangkah sejuknya dunia ini sekiranya penghuninya tidak meninggalkan Muhammad Rasulullah s.a.w.