Harakah Daily melaporkan seorang ahli atasan PAS, orang Islam, yang memperjuangkan agama Kristian berkata:- (hujjah jurublog DALAM HURUF BESAR )
"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
(DIA LEBIH MENGETAHUI TENTANG AL QUR-AN DARI ALLAH?)
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
(DIA YANG MENGGALAKKAN. ISLAM TIDAK. DIA MENGGALAKKANNYA DEMI KEUNTUNGAN POLITIK. DIA TELAH MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI SATU UNDI DAN SATU KERUSI.)
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
ALLAH MENGGALAKKAN ORANG ISLAM MENTAUHIDKAN TUHANNYA SEBAGAIMANA KAUM KRISTIAN MENTIGAKAN TUHANNYA?
UNTUK PENGETAHUAN PENCERAMAH PAS INI, KALAU BELUM TAHU, AGAMA NABI ISA A.S. IALAH AGAMA BERKENAAN ALLAH.
AGAMA KAUM KRISTIAN IALAH "AGAMA" BERKENAAN ISA AL MASYEKH IBN MARYAM.
NABI ISA MENYEMBAH ALLAH. KAUM KRISTIAN MENYEMBAH ISA. ISA A.S. TIDAK PERNAH MENGAKU DIRINYA TUHAN.)
PENDAKYAH INI BERKATA LAGI:-
"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
ORANG ISLAM PAS INI MENTARBIAH BAHAWA TUHAN BAGI ORANG ISLAM TIDAK BERBEZA DENGAN TUHAN BAGI ORANG BUKAN ISLAM.
ORANG ISLAM PAS INI SUDAH MENOLAK SURAH AL KAFIROON, BERERTI DIA SUDAH MENOLAK AL QUR-AN, BERERTI IMANNYA SUDAH TANGGAL, TIDAK BERIMAN, BERERTI ISLAMNYA BATAL. TERKELUAR DARI ISLAM.
INI DIA NUKILAN سُوۡرَةُ الکافِرون. YANG DINAFIKAN OLEH PENCERAMAH PAS TERSEBUT.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(109:1) قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
(109:2) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
(109:3) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
(109:4) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
(109:5) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
(109:6) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Terjemahannya:-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(1) Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir,
(2) aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(3) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
(4) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
(5) Dan kamu tidak pernah [pula] menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
(6) Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".
Surah Al Kafiroon ini tegas dan jelas menitikberatkan perbezaan Allah bagi muslimin dengan tuhan bagi orang bukan Islam.
Tetapi pemuka PAS ini, dalam syarahan hari Jumaat pula itu, mentarbiahkan tiada perbezaan antara Allah dengan makhluk Allah.
Kalau ini ajaran PAS, orang yang sayangkan Allah dan keimanannya, wajib menolak kumpulan PENYELEWENG itu.