Baru-baru ini Perlembagaan Negara telah memberi kemenangan kepada musuh Allah. Perlembagaan ini telah dinobatkan oleh kaum sekular sebagai yang terluhur. Sebagai the supreme constitutional law of the land. Lebih supreme dari Perlembagaan Allah. Menggantikan Perlambagaan Allah.
Pendokongnya, kalau Islam telah melakukan dan mengekalkan syirik. (Aku berlepas diri dari mereka.) Maksud "sekular" ialah meninggalkan Allah. Tidak hairanlah bila mahkamah Perlembagaan sekular ini memihak kepada "kaum bapa sekularisme".
Sekarang kaum ini mempunyai senjata tajam untuk menceroboh masuk kedalam dada dan mengubahsuai keimanan kaum yang mentauhidkan Allah s.w.t. Yang Maha Esa.
Melalui jaringan sebaran maklumat mereka, kaum Kristian-Yahudi dokongan Ya'uj wa Ma'juj ini akan memulakan serangan mereka terhadap 'akidah para mu'min dari dalam dada mu'min itu sendiri, sesuatu yang mereka belum pernah mereka dapat sebelum ini. Dada anak kecil peringkat kindergarten pun tidak terlepas dari serangan mereka melalui gambar, lukisan dan nursry rhyme.
Mereka akan menyerang cara ummat Muhammad s.a.w. mentauhidkan Allah s.w.t. Mereka akan menyerang apa sahaja benteng-benteng keimanan dan keEsaan Allah s.w.t.
Bagaimana memerangi mereka?
Siapa yang kuat, hendaklah peranginya dengan tangan.
Tidak kuat dengan tangan, perangi dengan lidah.
Tidak fasikh dengan lidah, perangi dengan hati.
Mudah-mudahan mendapat keredhoan Allah.
Memerangi dengan hati, di dalam hati, dan lalu ke dalam anggota yang diperintah oleh hati ialah benteng terakhir. Apa yang hadhir dalam hati, tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Malaikat pun tidak tahu. Benteng terakhir inilah yang dikatakan "aku bersaksi dengan Allah" atau "cukuplah Allah bagi ku". Di sinilah fokus serangan mereka yang baharu "dapat kebenaran menggunakan "allah" itu.
Bagaimana bentuk pertahanan kita di benteng terakhir ini?
Allah Mengajar kita (42:11) "laisa ka mithlihi syai-un" Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Nya (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya). Dalam lain perkataan, Dia Allah s.w.t. tidak serupa dengan apa-apa sesuatu pun.
Maka jikalau ada orang menggambarkan Allah itu seperti Isa .... dia dusta. Itu bukan Allah. Jikalau ada orang mengaku Allah itu membenarkan dirinya atau anaknya disalib, berdarah, mati, menebus dosa manusia .... dia menceritakan sifat manusia, sifat makhluk. Yang beranak atau diperanakkan itu makhluq (yang kena jadi - yg dijadikan). Yang boleh berdarah, boleh mati atau boleh disalib itu makhluq (sesuatu yang dijadikan - yang bersifat baharu dan berubah). Allah kekal. Qadim. Allah tidak serupa sesuaatu pun.
Ringkasnya selagi tergambar sesuatu dihati, terlintas bentuk, ..... itu makhluq .... itu bukan Allah. Tolak. Nafikan. Jangan ithbatkan. Yang memperakukan Allah itu seperti itu, ini, mengambil ruang tempat atau masa, dia tertipu dan cuba memperdaya. Tinggalkan dia.
Makhluk Allah yang mempunya PHD dalam memperdaya baharu mendapat lesen dari "mahkamah" Ya'juj wa Ma'juj Malaysia. PHDnya memperakukan mahkamah ini yang lebih credible dari Mahkamah Allah.