SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, April 15, 2009

Pesanan Penunggu Bulan

Mengapa mereka terjun, macam tikus-tikus meninggalkan kapal terbakar? Kerana sesuap nasi berbanding kesetiaan? Itu sungguh keji. Hanya kerana bapa yang miskin, maka ditinggalkannya untuk bersekongkol dengan jiran kaya?

Adakah kerana si mamat membahagi-bahagi tanah kekal, maka ditinggalkan seseorang yang setengah abad memberi keamanan dan kemakmuran? Dan oleh kerana itu, dituntutnya sekelian yang lain menjadi mamat tanpa mengira mereka yang datang kemudian? Apa yang sudah mamat buat sebenarnya tidak lebih dari membahagi-bahagi yang sedang ada. Awang Kenit boleh buat. Tak payah ADUN atau MP.

Sebenarnya kemakmuran dan keamanan yang mamat bahagi-bahagi adalah hasil titik peluh mamat mamat yang terdahulu.

Mengapa diharap sangat orang yang sudah pergi? Mereka akan sambut kamu dengan tarian naga, dengan genderang perang dan macam-macam lagi. Mereka akan senyaum lebar, bertepuk tangan, menganggok-anggok dan membongkok-bongkok kerana pemberian mu jutaan ringgit untuk SRJKC dan SRJKT mereka. Tetapi dalam bilik undian mereka akan memangkah roket, bulan dan bintang.

Wal-hasil-balik-asal. Melayu mudah kena, mudah dijanji, mudah puas dan mudah mudah lupa, terutama mereka yang sudah terbang ke bulan hijau menumpang roket merah.
--------------

Pesanan Penunggu Bulan Untuk Sahabat Mamat Di PR.

Bersedia atau tidak, wayang DAP akan berakhir.
Bila berganti ka wayang reality sebagaimana Realitynya Melayu Singapura.

Tiada lagi fajar untuk dikira minit atau jam atau hari Melayu - kecuali hari Cina.

Semua yang mereka himpun, diingati atau tidak, telah beralih ka tangan orang.

Kekayaan, nama dan kuasa mereka kecut lisut sudah; tidak lagi relevan.

Segala kepunyaan, cita, rindu, azam dan harapan sirna hilang dimamah zaman.

Segala kemenangan, kekalahan atau juang yang sungguh bermakna satu ketika, fana punah.

Tak kira dari mana mereka, cantik mereka, kegemerlapan mereka, kerana jantina atau warna kulit mereka pun sudah hampir hilang relevannya.
------------------


Assalaamu’alaikum saudara Islam ku di PR.
Apa yang hendak dikira lagi? Bagaimana mengukur nilai hari mu?

Yang dikira bukan apa yang kamu beli dengan agama mu; bukan apa yang kamu dapat dari imam kulop ngehnga mu; tapi apa yang kamu beri atas nama partai islam mu. Tahukah kamu apa yang kamu sudah serahkan?

Apa yang dikira bukan apa kejayaan mu, tapi kesignifikennan mu.

Apa yang dikira bukan apa yang kamu pelajari (kerana kamu tak akan sempat menikmatinya nanti), tapi apa yang kamu ajari.

Apa yang dikira bukan kemampuan mu, tapi akhlak mu.

Apa yang dikira bukan berapa ramai kenalan mu, tapi berapa ramai mengenang kehilangan mu bila kamu tiada.

Apa yang dikira bukan ingatan mu, tapi ingatan mengenai mu dalam setiap qalbu yang mengasihi atau membenci mu.

Apa yang dikira bukan berapa lama kamu diingati, tapi diingati oleh siapa dan kerana apa.

Menjalani kehidupan yang dikira bukan berlaku secara kebetulan, tapi dibentuk oleh keadaan dan pemilihan.

Pilihlah kehidupan yang ada kiraannya …. Di sini dan di sana …

Kita hidup melalui apa yang kita dapat; kita menghidupkan melalui apa yang kita beri.

Kamu menghidupkan siapa?

4 comments:

Anonymous said...

BUAT APA ROKET NK BWK BULAN KE SYURGA? BULAN TU BERAT. BAIK KASI HANCUR AJE BUAT TAMBAK LAUT MCM SINGAPURA. BULAN TAK AKAN MENANGIS BIAR BDN HANCUR BEKECAI DI RODOK DEK ROKET KERANA BAPAK BULAN DH MENJANJIKAN SYURGA TANPA NISAB DI AKHIRAT HEHEHEH

Tam Dalyell said...

Jangan. Kita hantar semua mereka ka bulan dulu. Pas tu baru letupkan .. buat tambak Selat Melaka sampai ka Indonesia .. Pas tu isytihar Melayu Raya .. Pas tu Melayukan semua.

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq