Kembara Politik dan Pn Zazaland, hari minggu lepas pakcik ka Kg. Janda Baik lagi, ziarah kampongg orang asli.
Pakcik minta pucuk ubi dari Sanap. Sanap ialah guru saya mengajar bagaimana menggogoh udang atau ikan dalam sungai.
Cerita ini sudah saya ceritakan berhubung “telinga delcapo” dalam bahagian komen blog tersohor Demi Negara.
Sambil memetikkan pucuk ubi, Sanap bersungut macam ikan baong, "Boleh laaa. Tuan makan pucuk. Malam hari babi makan isi. Saya dapat batang aje laaa ..."
Waaa. Dalam diam budak ni perli saya. "Aaapa???" saya pura-pura marah.
"Tiiiidak tuan, PKR makan pucuk ubi, DAP makan isi, PAS makan batang ubi."
(Kebetulan UMNO sudah menyiapkal komplex aktiviti Umno yang besar di sana. Pandai-pandailah mereka buat susulan)
---------------------
Sebelum ini (kira-kira dua bulan lalu) Sanap ada menalipon saya. Suruh saya datang segera. Waktu iti, dunia cyber sedang sibuk dengan isu "Allah".
Dia menceritakan sesetengah pendatang Indonesia bercerita kepada mereka tentang Allah Yesus, bapa dan anaknya.
Pakcik: Apa kamu jawab.
Sanap: Seperti tuan ajar.
P: Apa aku ajar.
S: Apa agama pun saya tak mau.
P: Aaaapa? (Saya pura-pura marah)
S: Tiiiidak tuan. Kami sekampung sudah 20 kali masuk Islam.
(dalam hati: Hmmmm. Patutlah masih makan delcapo Mat Asli ni.)
11 comments:
Salam Saudara Dal,
Good post, as always.
The 'hidden' meaning calls for thought, especially from the Malays.
We give and give and give and give yet they want more and more and more and more.
While many have smartened up to tactics of kononnya 'sharing', there are still many who are not aware that the portion is not the same.
Unfortunately, when they realize it, it'll already be too late. Tinggal pucuk dan batang saja lah, isi semuanya kena kebas. It has happened before down south and we must never let it happen again.
Salam.
Salam Tuan Melayu Lama;
Jauhari juga mengenak ma'nimam .. sebelum Melayu Lama yang ini menulis artikelnya di mana-mana .. Melayu Lama dulu-dulu telah mencipta perumpamaan di atas untuk dihadiahkan kepada Tuan Melayu Lama (yang ini)
Saya menumpang gembira .. malah bangga.
Salam Pakcik Dal,
Hari tu di Demi Negara, Pakcik cuma bercerita pasal telinga delcapo buat umpan tangkap ikan. Pasal ubi, kayu dan pucuk ubi kayu belum diceritakan lagi.
P/S: Sanap tak lembab, tapi Melayu kita yang tak reti ambil pengajaran.
Salam Pakcik Dal,
Ada yang tak sedar ubi dia kena curi dek delcapo malam2 hari...yang tinggal cuma batang kayu aje...yang diulang2 diguna sebagai benih untuk musim yang akan datang...penat menanam je la...
Part dah 20 kali masuk Islam tu yang sesak sikit nafas bila dengar. Minta ada yang ambil tahu & berbuat sesuatu. Bila dah tarik masuk harap jangan diabai.
InsyaAllah Sdr Kembara Politik, sejak insiden Sanap menalipon dan insiden telinga delcapo, rasanya usaha "menjengok-jengok dusun yang baru ditanam" tersusun sedikit.
Walaubagaimanapun, seberapa tersusun pun usaha manusia, ia tidak lebih berkesan berbanding hidayah dan rahmat Allah s.w.t. jua.
Namun usaha, sebagai asbab, mesti dilakukan sebelum segalanya "terserah kepadaNya."
Berdoalah kita beramai-ramai memohon hidayah dariNya.
Salam semua.
Say tengok Pakcik betul punya usik Erniceda kat DN.....eh dia baru tulis tentang Melayu Singapura tau .....kalau semua diambil kat M'sia ni, nanti kering semua tau ....macam kat Singapore tu...eh gih lah balik kat DN....baca apa yang dia tulis ...
SALAM DAL
MCM KISAH PAK LEBAI, BERUK DAN POKOK NYIOR
TENGOK DR BWH SAYUPP JE BUAH NYIOR KT ATAS TU. PAK LEBAI X BRANI NK PNJAT SB TAKUT JATUH BEDEBAP!
PAK LEBAI CUBE GUNA GALAH PNJG. TP TAKUT GALAH PATAH HEMPAP DIA PULAK!
ALAHH SNANG PANGGIL BERUK..HAA BERUKK..PEGI PNJT POKOK KLAPE TU..AKU NK MINUM AIR DIA!
MAKA PANJAT LAH SI BERUK TU SAMPAI KEPUCUK. TP SI BERUK X BUAT APE YG DISURUH OLEH PAK LEBAI. PAK LEBAI PUN MARAHH.
"HEII BERUK!..KNP KAU X PETIK BUAH KELAPA TU?" MARAH PAK LEBAI KT BERUK YG TAK TAU APE2 (MENATANG MANE FHM BAHASE YE TAK?. "CELAKA PUNYE BERUK!..KAU KENE INGAT, KAU TU KEJE DGN AKU!" KLU KAU X NAK KEJE DGN AKU LG, AKU BLH CARI BERUK LAIN FHM!"
SI BERUK NI TENGOK AJE PERANGAI PAK LEBAI DR ATAS SAMBIL ANGGUK2 KEPALE TP MASIH X NAK PTIK BUAH NYIOR TU.
PAK LEBAI MENGUCAP PNJG..
KESIMPULANNYE:
PAK LEBAI DAN BERUK SAMA STANDET. DUA2 KELABU ASAP!
Auntie Zazaland,
Erniceda dah jatuh hati pada (penulisan) Tuanku KijangMas...hehe...
Tapi pengalaman 1st hand yang Erniceda ada berkenaan nasib Melayu Singapore mmg elok dijadikan iktibar...
Kalau ikut cerita dia, Malaysia pun nampaknya dah nak menuju ke arah itu...
-----------
Pakcik Dal,
Alhamdulillah. (Risau memikirkan nasib Melayu kita ni). Kalau ikutkan better main dgn anak-anak je dari berblog. Tapi saya dah nampak agenda Malaysian Malaysia yang rebranded as Ketuanan Rakyat.
-----------
Jeffry,
Tapi masalahnya beruk yang disuruh tuannya suka memetik buah kelapa even tak disuruh pun. Habis togel kelapa dipetiknya. Suka bangat si tuan beruk bila lihat semua kelapa habis dipetik dalam masa yang singkat. (Ini kalau relate dgn situasi semasa politik la. Beruk dah tak kisah, biar habis buah kelapa asal puas hati, yang pastinya tuan berik tersenyum puas).
Tuan Dal ni sorang manusia yang sungguh observan: segala bende yang diharunginya atau yang dilihatnya cepat-cepat dia buat iktibar atau pengajaran. Bolehlah diandaikan bahawa Tuan Dal adalah pujangga "Aesop" yang moden.
Yang kene terpeliciknya ialah puak-puak PKR-PAS-DAP sebab segala pengajaran dari Tuan Dal semuanya mengenakan mereka. Hahahaha. Tengok ikan baong, kene DAP. Tengok ubi kayu kene PAS. Jumpa Sanap terkenangkan PKR. Hehehehe. Kalau lagu ni Dato Seri Najib tak payah tengok jauh-jauh. Ambil saja Tuan Dal ni sebagai penasihat dan jadikan dia 5th floor boys yang baru.
Tapi saya rasa Tuan patut kumpulkan semua anekdot-anekdot dari Sanap tu dan dibukukan. Seperti cerita-cerita Mulla Nasruddin atau Pak Pandir laaa gitew. Boleh jual, tapi untuk orang2 Pakatan Rakyat bagi free jer.
Lucuuuuuu, lucu.
Salam Tuan Apocryphalist;
Tuan Apo ni nyindir laa tu. Kalau suruh saya duduk kat kerusi DSN, saya percaya .. dan .. setuju. Heh heh heh.
Setakat tingkat 5 ... tinggi tuuu .. kalau naik tak bole turunnnn ..
Salam lagi sekali Tuan .. lama tak dengar berita .. baru semalam saya teringat kat Tuan .. mesti dah kasyaf ni.
Post a Comment