SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, April 19, 2009

UMNO/BN Tak Payah Bertanding Di Penanti.

Anuar tahu dia sudah tiada harapan. Perbicaraan kes liwatnya dua bulan lagi. Dia yakin perbicaraan kali ini akan pindahkan dia mustautin semula ka bilik khasnya di Sungai Buluh yang sudah lama dikosongkan itu.

Balacinya RPK sudah tak bermaya menghapuskan “musuh politiknya”. Begitu juga PKR sudah retak seribu.

Tidak ada lagi halangan untuk pengikut-pengikutnya berhijrah berduyun-duyun kembali ka padang ragut asal mereka di UMNO. Kalau begitu dia suruh Penanti dikosongkan untuk diletakkan isterinya di situ.

Dengan cara ini wayang PRK yang dipentaskan dapat sedikit sebanyak memeriahkan PRnya yang mula sunyi sepi macam perkuburan. Dalam pada itu ia dapat setidak-tidaknya mengapongkan semangat sarkisnya di PR dengan mengalahkan Umno/BN dalam PRK yang bakal diadakan.

Dia yakin kerier politiknya sudah begitu nazak. Sesuatu langkah mesti diambil. Dia mesti jadikan OMNO/BN budak bedoknya sekali lagi. Sekarang di Penanti.

Rasanya DSN dapat membaca langkah tersirat Anuar ini. DAP sudah tentu maklum akan lenggang lenggok rakan sapenipuannya ini. PAS dah letih dah. Mereka dah mula meluat.

Permainan politiknya mesti diteruskan. Dia perlu pukul gendang paling rancak kali ini. Dia perlu jadikan DSN turun gelanggang tari sekali lagi. Turunkan seorang calun bertanding. Dia menggendang. Najib menari.

Penanti adalah last kopek buat Anuar.

11 comments:

Anonymous said...

U CAKAP TERBALIK NI.. SIAPA YANG SEDANG HILANG PENGARUH? MASIH DALAM KEADAAN " STATE OF DENIAL"? BODOHNYA KAMU MACAM BN YANG PERCAYA PROPAGANDA SENDIRI...

Akar Umbi said...

Betultu. Kalau kita cakap nanti diorang marah. Sebagai seorang strategist, itulah pendirian yang sepatutnya

Tam Dalyell said...

Tuan Anon Mon Apr 20, 12:25:00 AM 2009;

Reaksi tuan menandakan cakap saya tidak terbalik. Menandakan cakap saya benar. Bagaimana begitu?

Begini.

Semua orang lebih percaya cakap sendiri dari cakap orang. Kalau ada yang percaya cakap orang, itu kerana orang itu bercakap serupa cakap sendiri.

Tuan tidak percaya cakap saya kerana cakap saya tak serupa cakap tuan. Itulah cakap saya itu terbalik bagi tuan.

Pelik bukan. Penanti dah dalam tangan sendiri .. dilepaskan .. kemudian suruh orang undi lagi pula? Mengapa?

Jawab: Apa guna saya cakap. Tuan bukan percaya pun. Tapi bagi sesetengah orang sekelibat ikan di air, dah tau jantan betinanya.

Pun begitu sekelibat Nuar buat, kita dah tau dia aim lubang depan atau belakang. Kali ini kelibatnya jantan .. maka dia aim lubang belakang.

Abis semua pengundi Penanti dimainkan.

Maka saya rasa BN tak mahu main lubang belakang.

Percaya tak? Tentu tuan tidak percaya.

Apa saya peduli orang percaya atau tidak. Saya bukan BN. Saya bukan PR. Kedua-duanya palat.

Dal said...

Selamat berkenalan sdr. Azlan. Macam nama raja Perak je. Aku Dal. Ada orang tambah dalca ... macam mamak je bunyinya.

Salam Alaykum

Anonymous said...

Umno takut kalah. Pasti kena belasah punya.

Tam Dalyell said...

Berani ialah tetap berpegang teguh kepada pendirian dalam susah atau senang.

Saya tidak tahulah apa pendirian UMNO/BN.

Nampaknya BN pun seperti PR juga. Berani kerana ramai.

Wong Pencen said...

Selagi sistem politik yang diamalkan adalah sistem demokrasi, selagi itulah parti politik akan mencari dan menambahkan pengaruh. Lagi ramai orang dapat dipengaruhi, lagi ramailah akan mengundi mereka.

Betul atau salah bukan pertimbangan utama. Menang dan kalah bukan bergantung kepada betul atau salah. Ianya bergantung penuh kepada siapa yang popular.

Namun, wajar juga semua pihak beringat. Betul dan salah tidak penting untuk menang jangkamasa pendek. Untuk jangkamasa panjang, apa yang benar akan terserlah juga.

Manusia, secara amnya lebih cenderung kepada kebenaran. Lebih suka kepada kebenaran. Apabila kebenaran terserlah dan penipuan terbongkar, pihak yang benar akan mendapat sokongan lebih besar.

Wajar diingat bahawa mana-mana pihak sekalipun boleh menipu ramai orang dalam satu-satu masa tetapi tidak semua orang. Sentiasa ada orang yang tahu yang mana benar dan yang mana tipu.

Begitu juga, tidak ada siapa yang boleh menipu semua orang. Penting juga diingat bahawa tidak mungkin akan ada pihak yang mampu menipu semua orang setiap masa dan sepanjang masa.

Tidak juga pelik apabila ada orang yang percaya dengan penipuannya sendiri kerana memang begitu cara mata, telinga dan minda kita bekerja. Melihat, mendengar dan percaya hanya apa yang kita mahu.

Tam Dalyell said...

Sdr Wong Pencen;

Jalan tengah yang luas lagi lurus.

Sdr bentangkan sebagai salam perkenalan antara kita.

Saya pula menerimanya dengan lurus juga terbuka - terbuka di hati dan minda.

Mudah-mudahan inilah laluan yang ditelusuri setiap pengikut di kedua-dua belah tebing. Mudah-mudahan sungai di antara mereka bukan sebagai pemisah bahkan sebagai penghubung.


Kulo nuwon mbak;
Kok apik temen wong kiye.

Mat Cendana said...

Inilah dia jenis `pemimpin' yang kita ada sekarang - cuma dok fikirkan diri sendiri saja. Kalau masyarakat sentiasa dalam ketegangan; Tak apa... kalau menyusahkan orang lain; Tak apa, asal bukan aku yang susah.

Saya pada asalnya lebih mahukan BN masuk bertanding. Kalau menang, maka akan jadi pukulan hebat kepada PR.

Tapi ada betul jugak kalau biarkan dia dapat kemenangan percuma - apa modal yang dia nak guna supaya penyokong sentiasa dalam keadaan "Attention"? Kalau takde isu besar, fervour orang dalam PR ni akan semakin kurang.

Anonymous said...

TOKEH PANGGUNG WAYANG DH SEDIA, FILEM DH ADE, CUMA TIKET KENA BELI DAN PENONTON JE BELUM DTG SERBU..KLU JLN CERITA MENARIK PASTI AKAN DI TONTON RAMAI TP KLU JLN CERITA KURANG UMPHH SAPE PUN X AKAN DTG. CUMA TENGOK POSTER KT LUAR AJE LEE.

TENGOK 'TEASER' FILEM 'PENANTI' MCM BEST JEK. PENGARAH FILEM (A. IBRAHIM @ RAJA KELENTONG) PEHH DAHSYATT!!. TP SYG PELAKON UTAMA PULAK XDE? (TMB1). APE DH JADI? PROMO SIKIT PUNYE GILER!!. BAJET (DUIT RAKYAT) DAH ABIS BERIBU2!!. MCM MANE NI?? APE PUN TUAN DIREKTER A. IBRAHIM KENA TERUSKAN TAYANGAN KLU TAK PENONTON MESTI MENGAMUK SB DH BOOKING TIKET.

AHHHH..KITA PEDULIK HAPER? MCM MANA RAKYAT MALAYSIA NK SAPOT INDUSTRI FILEM (KETUANAN RAKYAT) KLU PENGARAH FILEM ARAH PAKAI CINCAI AJE?? JANJI MASYUKKKKK!!! TUL TAK TUAN DIREKTER A. IBRAHIM??
p/s: lepas ni tuan direkter ley besara terus dr mengarah filem. duit haram dh byk! dh blh beli pulau sendiri kehkehkeh

Azlan fren said...

Yaa by not fielding any candidate, the PKR wayang will become an anticlimax, and the raging infighting in PR is served pepper and salt into their cracks and bruises.