Di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan sangat menarik hati. Dan dipersaksikannya kepada tuhannya atas kebenaran isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Apabila di balik belakang, ia berurusan di untuk mengadakan kerusakan dan kebinasaan terhadap fitrah semulajadi ciptaan tuhan.
Apabila diperingati supaya takut kepada hukum, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat kerusakan tambahan.
DAP berkata "Kami percaya kepada kamu PAS." Sebenarnya tidak. DAP bohong. Mereka hendak memperdayakan PAS dan orang-orang yang beriman di kalangan PAS.
Dalam hati mereka (orang-orang DAP) ada penyakit. Hati mereka juga keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air daripadanya. Ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Ada juga batu yang jatuh hati dan patriotik kepada bumi tumpah darah ini. Hati DAP tidak. Tidak patriotik sama sekali.
Sesudah PAS dan pengikut-pengikutnya mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang DAP itu maka bolehkah PAS menaruh harapan bahawa mereka akan jujur kepada seruan Islam yang PAS sampaikan itu? Bahkan yang sebaliknya berlaku. PAS tunduk dan bawa hukum tunduk sama.
Apabila mereka (orang-orang DAP) bertemu dengan orang-orang PAS, mereka berkata: "Kami tetap percaya dan bersama mu." Tetapi apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kita ceritakan kepada mereka (orang-orang PAS) apa yang telah diterangkan oleh ahli fikir kita (di dalam kitab PAP) mengenai agenda kita?Tidakkah kita berakal?"
Angkuh. Berani mereka berkata demikian. Padahal sebahagian orang PAS tahu. Kebanyakan orang Melayu di luar PAS tahu. Cabang-cabang penguatkuasaan hukum mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan.
Apabila dikatakan kepada mereka: "Ta'atlah dan patuhlah kamu kepada Raja dan Perlembagaan".
Mereka menjawab: "Kami hanya taat dan patuh kepada apa yang telah ditnggalkan kepada kami (oleh PAP)".
Dan mereka ingkari apa-apa perundangan lain.
Demi sesungguhnya para patriotik negara akan dapati DAP itu setamak-tamak manusia kepada hidup, melebihi halobanya orang-orang yang takut mati untuk negara. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun; padahal gandaan seribu tahun itu pun tidak pernah akan cukup bagi setiap mereka yang tidak patriotik, yang tamak haloba itu. Jika menjadi musuh negaranya sendiri, tiada perlindungan untuknya di kala kecamuk huru-hara. Gelagat DAP menghancurkan kedamaian.
Apabila datang seorang pemimpin (Melayu PAS dan Melayu UMNO) yang libral terhadap mereka, mereka mengamalkan sihir mereka yang menyebabkan rakyat mengkufuri nikmat. DAP, dengan dibantu oleh PKR, mengajarkan PAS ilmu sihir tersebut hingga menyebabkan Melayu bermusuhan dengan Melayu, sesama Islam tetapi imam, masjid dan kubur lain lain.
DAP dan juga kuncu-kuncunya, amat tidak suka kiranya diturunkan kepada Melayu sedikit dari sekian banyak kebaikan. Banyak di antara kalangan ini suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan tanah tumpah darah ini menjadi papa seperti zaman penjajahan kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri.
Mereka berkata, "Selain kami, tidak PAS, tidak Melayu, tiada siapa yang mempunyai kebolehan seperti kami. Maka kami tidak ingin menjadi pengikut"
Dan mereka juga berkata, "Mengapa bumi ini tidak langsung mengangkat kami sebagai raja dan ketua?" Orang-orang mereka yang sebelum mereka pun telah mengatakan seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Tersumbat. Dengki. Fitnah.
Orang-orang DAP tidak akan senang kepada Bangsa Melayu sehingga bangsa itu mengikuti cara mereka.
PAS patut katakan, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Patutkah kita mengambil petunjuk dari si buta?"
Dan sesungguhnya jika PAS mengikuti kemauan DAP setelah pengetahuan datang kepada mereka, maka tiada lagi pelindung dan penolong baginya. Melainkan diperalatkannyalah.