SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, December 17, 2009

Benar Tun! Kita Sudah Tukar.

Tun Mahathir tulis "KITA SUDAH TUKAR". Mesti baca.

Kita sudah tukar. Menyebelahi penindas no 1 dunia menindas si lemah. Menyebelahi Ya'juj Ma'juj keturunan Amerika menindas sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka.

Kita sudah tukar. Kita kata rakyat didahulukan. Kita raikan sambutan 90 tahun rakyat kita. Betul. Rakyat ini didahulukan. Yang ditinggalkan lagi ramai.

Ada hadith Bukhari memberi amaran keadaan kita masa hadapan. Selepas baginda akan terdapat banyak ketamakan dan kebakhilan. Banyak perkara yang ummat / rakyat tidak persetujui.
Bertanya, "Dalam kedaan seperti itu, apa mesti kita lakukan Ya Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Tunaikan haknya (iaitu pemimpin itu) dan pinta hakmu dari Allah."
Ertinya kita diperintah bersabar.

Tapi kita benar-benar sudah tukar. Kita menuntut apa kita boleh dapat dari negara. Rakyat ini kita dahulukan. Kita dituntut kita mesti korban semua demi negara. Rakyat ini dikemudiankan. Tahan? Sabar? UMNO kita sudah tukar. PAS kita sudah tukar. DAP kita tidak tukar. Pinta hak kita dari Allah. Kalau tahu.

"Bila kuasa itu berdiri di atas dasar-dasar faasik dan ketidak-tuhanan, dan bila ia diapplikasi berhubungan dengan kemanusiaan, bukan ia digunakan untuk menghukum si penindas, tetapi ia digunakan untuk menindas. ....... Mereka yang menguasai dunia, mereka yang mempunyai kuasa di dalam tangan, menggunakannya untuk menindas. Mereka yang lemah, tekanan adalah bahagiannya. Si lemah dijatuhi hukum, terima atau tidak. Para penindas teruntuk baginya pembelaan. Dunia order ya'juj dan ma'juj." Kita jauh dari itu. Tapi kita sudah tukar.

Pinta hak kita dari Allah. Kalau sabar. Tapi kita sudah tukar.


Baca juga: http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/teguran-untuk-pentadbiran-ds-najib.html


Negara Ku Tanah Tumpahnya Darah Ku.