Qornain diperintahkan membina tembok bagi membendung kefasaadan dan kezaliman ya'juj dan ma'juj dari merebak dan merusak menjangkiti seluruh alam.
Kemudian tembok tersebut meruntuh lalu mulalah ya'juj dan kaumnya ma'juj ini terlepas.
Kemudian kita biberitahu melalui Hadith Qudsi Sahih Muslim bahawa Allah telah jadikan sejenis makhluq yang tidak terkalahkan oleh sesiapa pun (kecuali Dia). Maka bila ya'juj dan ma'juj dilepaskan mereka akan mempunyai kuasa seperti Qornain. Mereka akan menguasai dunia dengan kuasa yang tidak tertahankan. Bila mereka menguasai dunia, mereka juga menguasai penguasa-penguasa dunia. Mereka menjadi penguasa dan merintah si pemerintah dunia.
Namun begitu, kuasa ini berdiri di atas asas-asas kefasikan - godlessness - atau ketidak-tuhanan. Ingat? Allah dalam KitabNya (18:94) berfirman bahawa ya'juj dan ma'juj sungguh akan melakukan fasaad merusak, menindas dan menzalimi. Kuasa yang didirikan diatas asas-asas ketidak-tuhanan akan bertindak menindas, menzalimi dan merusak. Iaitu lawan kepada kuasa-kuasa yang didirikan di atas asas-asas iman dan ketuhanan seperti yang dipinjamkan kepada para nabi, Qornain dan solihin.
Begitulah. Bilamana ya'juj dan ma'juj dilepaskan, kuasa berdiri di atas landas-landas faasik dan faasad. Kuasa ini mempunyai khasiat mengkorup apa sahaja yang disentuh. Seolah-olah kuasa ini tidak akan berhenti sehingga kefasikan, kefasaadan dan ketidak-tuhanan ini menyeluruh. Globalised. Menjadi satu tamadun? Yang berpaksikan satu kuasa dunia? Kuasa kefasikan dan kefasaadan.
Sekiranya dunia ini menerima Muhammad s.a.w.; kuasa dipengaruhi oleh asas yang berlandaskan keimanan dan ketuhanan. Sekiranya dunia menolak Muhammad s.a.w.; kuasa akan terpengaruh oleh dasar ketidak-tuhanan, kefaasikan - godlessness.
Sedikit sebanyak, ya'juj dan ma'jujnya sudah dicam. Walaupun belum dikenal pasti. Tetapi adalah pasti bahawa Eropahlah yang bertanggungjawab membawa masuk Yahudi ketanah suci. Tetapi Eropah itu adalah Eropah tamadun ya'juj dan ma'juj. Yang menjangkitkan kuasa-yang-berlandaskan-ketidak-tuhanan ke mana sahaja.
Tiada siapa mampu mengalahkan kuasa itu, tamadun itu. Arnold Toynbe, didalam "Civilisation Of Trial"nya menyimpulkan bahawa tamadun barat ini akan kekal di mana ia bertapak. Melenyapkan kesemua tamadun-tamadun sebelumnya termasuk tamadun Islam. Tiada tamadun yuang mampu menggantinya sebagai penguasa dunia. Lima enam puluh tahun kemudian Francis Fukoyama dalam "The End Of History"nya pun berkata demikian. Munkin mereka nampak akan tamadun ya'juj dan ma'juj. Tidak boleh dibinasakan.
Tamadun ya'juj dan ma'juj ini sentiasa mengembang. Membiak dan membentuk salinan karbon di mana ia bertapak. Tidak mustahil terbentuk ya'juj dan ma'juj Inggeris, Amerika, Australia. Ada ya'juj dan ma'juj Arab, Kuwait, Saudi, Mesir. Juga ya'juj dan ma'juj Asia, Jepun, Taiwan, India, Pakistan,Singapura, Malaysia. Di merata dunia, kuasa berada di dalam tangan keturunan ya'juj dan ma'juj. Dimana sahaja ada kuasa cuba bertapak dalam tangan yang beramal solih dan beriman pasti akan dibinasakan. Kuasa yang cuba berdiri atas dasar ketuhanan tidak akan mereka biarkan. Tiada siapa, individu atau negara, dibiarkan, dibenarkan berdiri atas iman ketuhanan. Semua terlarang dan terkekang jika berdiri di atas amal salih dan iman lalu hendak memegang kuasa di dunia. Bila ya'juj dan ma'juj dilepaskan semua ini tersapu bersih.
Maka terlaranglah terdirinya sebuah negara Islam (apa negara pun) jika berteraskan perlembagaan tuhan tanpa kebenaran ya'juj dan ma'juj. Maka benarlah Muhammad s.a.w. bila berkata bahawa Islam itu asalnya Ghorib (asing) dan akhirnya ghorib juga. Tiada siapa dibenarkan mendirikan negara Islam. Mesti dengan kebenaran Karpal Singh. Mesti dihapuskan. Tanya PAS? Di pinggiran boleh. Di pusat jangan. Islam akan hanya dapat layanan selagi tidak mengancam pusat dunia mereka ya'juj dan ma'juj. Tidak dapat bertahan.
Yang dapat berkubu hanya mereka yang bertahan dari terserap kedalam masyarakat global kepunyaan ya'juj dan ma'juj. Dia pasti mampu bertahan sekiranya mengikuti Muhammad s.a.w. Sungguh maha bijaksana Allah s.w.t. Dunia akan berakhir dengan drama maha gamat begini. Sungguh maha bijaksana Allah s.w.t. Dunia akan berakhir dengan keadilan sedemikian. Hanya mereka yang menselusuri jalan Haq akan terselamat dari keributan badai ya'juj dan ma'juj.
Bila kuasa itu berdiri di atas dasar-dasar faasik dan ketidak-tuhanan, dan bila ia diapplikasi berhubungan dengan kemanusiaan, bukan ia digunakan untuk menghukum si penindas, tetapi ia digunakan untuk menindas. Sebelum Surat al-Kahf, pentas dunia sungguh pelik. Selepasnya, secalit cahaya mula menerjah masuk. Mereka yang menguasai dunia, mereka yang mempunyai kuasa di dalam tangan, menggunakannya untuk menindas. Mereka yang lemah, tekanan adalah bahagiannya. Si lemah dijatuhi hukum, terima atau tidak. Para penindas teruntuk baginya pembelaan. Dalam tamadun ya'juj dan ma'juj.