SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, December 12, 2009

Juj wa Ma'juj Lagi.

(Sambungan posting lalu)

Siapa mereka ini? Siapa mereka ini, yang dari dalam kalangannya kita hendak mengenal Juj wal Ma'juj? Sebelum Muhammad s.a.w. pernahkah Eropah mengalami zaman tamadun? SebelumMuhammad s.a.w. pernahkah Eropah menunjukkan apa-apa minat pun terhadap tanah suci Pelastin? Hanya selepas Muhammad s.a.w. Eropah menjadi barlainan sekali.

Eropah menjadi Kristian. Perang salib dilancarkan. Kristian lain tiada minat sebegini. Tiada kristian lain mempunyai dendam sebegini. Hanya Eropah. Jadinya perang salib ini bukanlah fenomena kristian semata-mata. Hakikatnya ia adalah fenomena Eropah bersalut dengan balutan kristian.

Sesuatu keanihan telah berlaku di Eropah. Ada orang Eropah menjadi Yahudi. Lalu Yahudi jadian ini menunjukkan minat dan dendam terhadap tanah suci. Merekalah yang mengasaskan pergerakan Zionis. Mission pergerakan Zionis ini adalah membawa Yahudi merampas tanah suci. Yang anehnya ialah hanya Yahudi inilah yang berbuat demikian. Yahudi lain bukan sebahagian pergerakan ini. Yahudi lain tidak hendak menjadi sebahagian dari perjuangan merampas tanah suci itu. Mereka percaya ini akan berlaku bila Al Maseikh turun. Tetapi Yahudi Eropah ini tidak mahu menanti kedatangan Al Maseikh. Mereka hendak melakukannya sendiri. Segera.

Pada dasarnya pergerakan Zionis tidaklah berapa sangat sebagai pergerakan Yahudi malahan lebih kepada pergerakan Eropah. Berlakulah juga beberapa waktu dimana Eropah mencairkan / meninggalkan anutan kristianisme dan judaisme mereka lalu merangkul amalan sekularisme. Sekularisme bermaksud meninggalkan agama. Jadilah ugama kristian atau judaisme hanya terbatas antara dinding-dinding gereja atau synagogue. Agama bukan untuk ekonomi. Agama bukan untuk politik. Agama hanya untuk gereja.

Apabila Eropah menjadi sekular, iaitu tidak bertuhan, Eropah ini menunjukkan obsesi pelik terhadap tanah suci. Britain dalam tahun 1917 komit dalam pembentukan negara Yahudi di tanah suci. Dalam tahun 1919 tentera British mengalahkan tentera Turki dan merampas tanah suci. Eropah membuka pintu untuk Yahudi. Eropah menguasai tanah suci. Terlepaslah tanah suci dari tangan Kekhalifahan Islam Othmaniah. Kuasa kekhalifahan Islam telah pupus.

Negara "pretender" Israel lahir dalam tahun 1948. Eropah bidannya. Maka nyatalah Juj wal Ma'juj terlepas dari Eropah. Eropah mana? Timur? Barat? Kita tilek lagi.

Apabila Juj wal Ma'juj dilepaskan, dunia merasai atau mengalami satu kuasa yang tidak terkalahkan. Tentera Islam yang pernah mengalahkan dua kuasa dunia ketika itu, iaitu Parsi dan Byzantine, tersekat di laluan antara dua banjaran gunung di pergunungan Caucasus. Di sini, serangan tentera Islam telah dipatahkan. Terhenti. Dikalahkan oleh satu kuasa kekuatan yang tidak terkalahkan. Siapa mereka yang mengalahkan tentera Islam itu? Mereka ialah kaum yang menduduki kawasan dimana Qornain mendirikan tembok dahulu. Satu kaum yang sekarang dikenali Khazar. Kaum inilah yang menunjukkan kekuatan yang tidak terkalahkan.

Maka, apabila Juj wal Ma'juj dilepaskan, tidak ia dilepaskan di barat Eropah. Mereka dilepaskan di Eropah timur. Inilah kaumnya / orangnya yang menjelma menjadi Yahudi. Kaum yang ke13. Yahudi Eropah datangnya dari Kaum Khazar. (cuba Google The Thirteenth Tribe). Lalu dapatlah dikenalpasti lokasi manifestasi kemunculan Juj wal Ma'juj. Ia bukan dari keseluruhan Eropah. Ia di bahagian Yahudi Eropah.